HABIS gelap, terbitlah terang. Demikian metafora ujian melanda pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli April lalu.
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi isteri kepada Amar Baharin ini berlarutan terganggu apabila anak keduanya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.
Bagaimanapun selepas dugaan berlalu, pelakon drama rantaian Nur di TV3 ini beroleh pelbagai keindahan.
Hos Nona itu dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2022 atau Reader's Digest Trusted Brands and People Awards, baru-baru ini.
Kemudian, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
"Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
"Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.
"Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini," kata Amyra.
Kembara Cinta
Kata Amyra, dia tertarik dengan tema diketengahkan untuk kempen MINAZ.
"Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
"Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini," katanya yang menjalani penggambaran fotografi kempen tudung itu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ Hijab, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ berkata pemilihan Amyra menepati konsep diketengahkan kali ini.
"Memasuki siri kelima keluaran tudung dengan pernah menggunakan khidmat Kilafairy, Nora Danish dan Nelydia Senrose, kami tidak pernah berputus asa memberi variasi kepada penggemar dan pecinta legasi jenama ini.
"Kini, pertaruhan wajah dan personaliti Amyra pula dilihat bertepatan dengan konsep Kembara Cinta. Wajah manis ketimuran dimilikinya menambah pesona sisi kesopanan dan kesantunan," kata Pija MINAZ.
Timur Tengah
Koleksi tudung bawal 'cotton' harga 'rakyat' berharga RM29 sahaja ini masih berkualiti tinggi dengan pembungkusan setanding jenama premium.
Namun, kali ini koleksi diketengahkan lebih berkonsep semula jadi dan lakaran motif bunga luar kotak daripada kebiasaan.
Ia akan dilancarkan pada 25 Jun ini jam 8 malam di www.minaz.com.my dan boleh dibeli dengan stokis serta agen berdaftar seluruh negara.
"Inspirasi diambil dari negara Timur Tengah melalui kembara saya ke negara seperti Turki, Mekkah dan Madinah. Istimewanya koleksi ini dilengkapi dengan perincian utama yang diambil daripada bentuk struktur dan monumen di negara berkenaan yang digabungkan bersama bunga - bungaan melalui persekitaran dan suasana di sana.
"Pemilihan warna juga dipilih seiring dengan persekitaran di Timur Tengah yang lebih 'earthy' dan semulajadi. Koleksi kali ini juga hadir dalam edisi sedondon untuk ibu dan anak atas permintaan ramai," kata Pija MINAZ.
Hingga kini jenama tudung ini berjaya memenuhi permintaan peminat dengan jualan 1.1 juta helai hingga kini.
Pada masa sama, jenama ini masih lagi meneruskan usaha bagi mencapai misi membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK
Gempak
Sat Jun 25 2022

Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi isteri kepada Amar Baharin ini berlarutan terganggu apabila anak keduanya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki. - Gambar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Demi menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran.

Angkat isu autisme, Bunga Salju terima respons positif
MIG menampilkan jalan cerita yang berbeza dan segar mengenai isu autisme dalam drama Bunga Salju di slot Tiara, Astro Ria.

Amyra Rosli kerugian RM240,000, diperdaya syarikat hiasan dalaman
Hasrat Amyra ubah suai kediaman ayah dan ibunya hancur berderai kerana menjadi mangsa syarikat tidak bertanggungjawab.

'Allah uji kita tanda sayang' - Amyra Rosli
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi Amyra Rosli berlarutan terganggu apabila anaknya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali sebagai Kawasaki.

Virus Kawasaki: "Doktor pantau jantung Aryssa selama 3 bulan" - Amyra Rosli
Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangkitan virus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.

'Semoga Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesabaran buat Amyra, Amar'
Rakan-rakan artis dan peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan segera sembuh.

Kuasa wanita! Neelofa, Mira Filzah, Janna Nick dahului senarai 'Top 1,000 Influencers' di Malaysia
Ramainya pengikut Neelofa dan Mira Filzah di Instagram!

Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin
Cantik nama anak kedua Amyra Rosli dan Amar Baharin, secantik ibu dan ayahnya.

'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua
Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.

Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal timang anak perempuan
Pasangan pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.