Pelbagai servis penstriman video seperti Netflix, Amazon Prime Instant, dan Hulu Plus menjadi kegilaan di luar negara lantaran kepelbagaian tayangan yang terkandung dalam koleksinya.

Menawarkan perkhidmatan penstriman pelbagai video-on-demand, iflix merupakan syarikat tempatan yang ditubuhkan pada Ogos 2014.

Selepas memulakan sesi percubaan minggu lalu, iflix ini secara rasminya dibuka kepada orang ramai.

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses dan memuat turun kandungan dari iflix.

Kandungan tersebut boleh dilayari di bermacam jenis peranti seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen.

Iflix memiliki variasi siri televisyen, drama, filem dan pelbagai kandungan dari seluruh dunia bersesuaian untuk penonton di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Ternyata para netizen di Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap platform baru dunia hiburan di ini.


Syarikat ini diilhamkan oleh Patrick Grove iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group yakni sebuah syarikat perlaburan antarabangsa yang bermula di Malaysia.

Patrick turut berganding bahu bersama dengan bank perniagaan yang beroperasi di Los Angeles iaitu Evolution Media Capital (EMC).

Ketua Pegawai Eksekutif iflix Malaysia, Azran Osman-Rani pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X. Beliau kini mengetuai operasi iflix Group di ibu pejabatnya yang berpangkalan di Kuala Lumpur.