Ibu bapa diingatkan supaya memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri.
Pengerusi Jawatankuasan Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka Datuk Latiff Tamby Chik berkata keprihatinan ibu bapa memantau pergaulan anak-anak melalui media sosial dapat mencegah kegiatan tidak berfaedah yang dilakukan anak-anak dari awal.
"Langkah ini tidak boleh dianggap remeh kerana walaupun pemantauan dilakukan masih terdapat kes terlepas pandang yang mendedahkan kanak-kanak dengan jenayah siber disebabkan mereka mudah mengakses laman-laman web pornografi.
"Kita lihat kanak-kanak kini seawal usia 12 tahun tanpa segan silu memuat naik gambar seksi mereka di media sosial untuk tontonan umum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Melaka 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Selatan Roszeta Kassim dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Nurhasnani Abdul Wahab.
Program berkenaan bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran mengenai penyebaran maklumat palsu di media sosial serta impak penyebaran tersebut terhadap negara dan masyarakat selain mendedahkan trend jenayah siber yang berlaku di media sosial.
Pada masa sama Latiff turut menasihati ibu bapa agar berhati-hati dengan pemangsa pedofilia antarabangsa yang aktif di laman maya dan menyasarkan kanak-kanak termasuk di negara ini.
"Kepesatan teknologi memudahkan pedofilia tanpa mengira kedudukan geografi mengakses kanak-kanak di mana sahaja mereka berada termasuk di rumah," katanya.
Menurut beliau sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 244 laman komputer dan pornografi kanak-kanak disekat oleh MCMC hasil kerjasama dengan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Ibu bapa dinasihatkan agar berhati-hati dengan pemangsa pedofilia antarabangsa yang aktif di laman maya dan menyasarkan kanak-kanak termasuk di negara ini. - Gambar hiasan
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.