KUALA LUMPUR: Menginjakkan kaki ke ruang masuk dewan utama salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota malam itu terasa benar akan kelainannya.
Wajah tetamu yang mula membanjiri kaunter pendaftaran membuatkan saya serasakan berada di negara Timur Tengah.
Apa tidaknya, setiap yang berpapasan dengan saya boleh dikatakan semuanya berwajah kacukan Arab.
Pakaian yang digayakan para tetamu yang hadir juga melambangkan identiti mereka sebenar.
Kaum lelaki segak bergaya dengan jubah putih lengkap dengan kot.
Manakala yang perempuan pula anggun menggayakan Jalabiya atau jubah. Pakaian mereka persis pakaian orang Arab.
Sebenarnya malam itu bukan malam sembarangan. Malam itu malam istimewa bagi masyarakat berketurunan Arab di Malaysia.
Himpunan 1,000 Jemaah, itulah julukan atau tema yang diberi untuk majlis malam itu.
Majlis ini sebenarnya telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al Jamiatul Khairiah atau nama singkatannya Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Mungkin ramai di luar sana yang belum mesra dengan persatuan ini. Tidak kurang juga saya rasa yang baru pertama kali mendengarnya.
Jamiatul Khairiah sebenarnya merupakan sebuah persatuan masyarakat berketurunan Arab warganegara Malaysia.
Bagi yang berminat dengan sejarah pasti tidak berasa hairan akan kewujudan bangsa Arab di negara kita.
Kebanyakan bangsa Arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu suatu waktu dahulu datang menetap di sini atas dua tujuan.
Pertama, kerana berdagang dan dengan secara tidak langsung sebab keduanya untuk menyebarkan agama Islam di sebelah Nusantara.
Di Malaysia, kebanyakan masyarakat berketurunan Arab berhijrah dari sebuah tempat yang dikenali sebagai Hadhramaut.
Hadhramaut merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Yaman Selatan.
Kebanyakan mereka yang berhijrah ke sini pula adalah terdiri dari pada keluarga yang bersusur galur dari keturunan Rasulullah SAW. Mereka inilah yang diberi gelaran Syed dan Syarifah.
Selain itu, terdapat juga diantara mereka yang bukan dari susur galur Rasulullah. Mereka ini kebanyakannya memakai gelaran Sheikh dan Siti.
Golongan Syed dan Syarifah ini pula punya marga mereka yang tersendiri. Ada yang bermarga Al Habshee, Al Jufri, Al Sagoff dan Al Attas.
Di negara kita sahaja ada terdapat lebih dari 30 marga masyarakat keturunan Arab yang meliputi dari Johor hingga ke Perlis dan melebar sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2023 kini terdapat sekurang kurangnya 1.5 juta warganegara yang berketurunan Arab di Malaysia.
Mengambil kira statistik inilah yang membuatkan Jamiatul Khairiah merasakan perlunya diwujudkan sebuah persatuan bagi menjaga kebajikan serta adat dan budaya masyarakat berketurunan Arab di dalam negara.
Menurut Presiden Persatuan Al Jamiatul Khairiah, Datuk Seri Dr Syed Hussein Al Habshee, persatuan ini mula ditubuhkan sekitar tahun 1985.
"Objektif utama Jamiatul Khairiah antaranya ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama jemaah, menjaga adat, budaya dan tradisi bangsa," ujarnya.
Beliau menambah, persatuan juga bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ahli terutama golongan asnaf serta menganjurkan aktiviti bersifat keagamaan.
"Dari semasa ke semasa kami akan pergi menyantuni golongan asnaf. Ambil tahu hal mereka, hulurkan bantuan berupa bakul makanan serta wang perbelanjaan,” tambah beliau.
Aspek keagamaan juga antara aktiviti yang dititiberatkan pihak persatuan.
Majlis sambutan seperti MauliduRasul dan tadarus turut diadakan dari semasa ke semasa.
Tidak terhenti disitu, beliau menjelaskan pihak persatuan turut menyediakan tabung pendidikan khas buat anak anak masyarakat keturunan Arab yang mahu melanjutkan pengajian.
Beliau menambah, bertitik tolak dari objektif penubuhan inilah maka pada setiap tahun pihak Jamiatul Khairiah akan menganjurkan majlis makan malam seperti Himpunan 1,000 Jemaah ini.
"Selain menjadi platform bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami, majlis sebegini menjadi cara pihak persatuan menambahkan tabungan bagi tujuan kebajikan serta menggerakkan aktiviti persatuan," jelasnya.
Majlis pada malam itu turut diserikan lagi dengan kehadiran dif kehormat yang terdiri daripada duta enam negara Timur Tengah seperti Oman, Jordan dan Yaman.
Tidak lengkap sebuah majlis perhimpunan masyarakat keturunan Arab jika acara Samrah atau lebih mesra di sebut Samar oleh orang Arab tidak dipersembahkan.
Malam itu dewan digegarkan dengan alunan muzik Arab yang dialunkan oleh kumpulan muzik terkenal El Corona yang dibawa khas dari negara tetangga Indonesia.
Manakala ruang tengah dewan sengaja dikosongkan bagi memberi ruang untuk para tetamu berzafin.
Zafin atau di sebut sebagai zapin di negara kita merupakan antara tradisi masyarakat keturunan Arab yang masih kekal dan dijaga utuh hingga kini.
Zapin Johor atau Melayu sebenarnya berasal usul dari Zafin Arab yang dibawa dari Yaman oleh orang Arab yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Selain Jamiatul Khairiah, kini terdapat sebuah pertubuhan lain yang baru ditubuhkan bagi menjaga kebajikan serta nasab masyarakat Arab yang bersusur galur dari Rasulullah SAW.
Pertubuhan yang diberi nama Rabithah Alawiyah Malaysia ini bertanggungjawab dalam menjaga nasab
serta kebajikan para Syed dan Syarifah yang berwarganegara Malaysia.
Hashim Ali Al Habshi
Mon Jun 03 2024
Objektif utama Jamiatul Khairiah antaranya ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama jemaah, menjaga adat, budaya dan tradisi bangsa. - Astro AWANI
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Himpunan 1,000 jemaah lambang ukhuwah masyarakat Arab Malaysia
Jamiatul Khairiah rintis usaha eratkan silaturrahim sesama jemaah, menjaga adat, budaya dan tradisi bangsa Arab.