Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2016) disambut meriah di sini bermula 16 hingga 18 Dis lalu dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, persembahan teater dan pertandingan deklamasi syair dalam bahasa Arab.
Program anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Hari Bahasa Arab sedunia disambut pada setiap 18 Dis bersempena pemilihan bahasa itu oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu daripada bahasa rasmi pertubuhan dunia itu.
Pengarah ISESCO Malaysia Dr Abdul Razif Zaini berkata program ini diharap dapat menjadi platform bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab.
"Program ini mendapat sambutan hangat khususnya di kalangan pelajar jurusan bahasa Arab seluruh Malaysia," kata beliau ketika ditemui Bernama selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan video pendek anjuran ISESCO Malaysia di sini, semalam.
Timbalan Rektor KUIS, Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman berkata program WALD 2016 ini sangat menarik dan mampu memberi semangat serta motivasi kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.
"Saya rasa program ini perlu kita uar-uarkan kerana bahasa Arab sendiri mempunyai kedudukan yang hebat, bukan hanya sekadar bahasa sampingan tetapi ia merupakan bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi agama, selain merupakan bahasa al-Quran dan bahasa pertuturan Rasullah SAW," katanya.
Sementara itu, Ketua Sektor Pembangunan Profesionalisme dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Shamsul Shah Tarja berharap agar sambutan itu dapat diperluas dengan penyertaan lebih banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi.
"Harapan saya supaya pelajar di Malaysia menyedari bahawa bahasa Arab itu bukan hanya boleh dipelajari oleh pelajar Muslim sahaja tetapi juga boleh dipelajari oleh bukan Muslim, kerana ia adalah bahasa komunikasi antarabangsa yang juga boleh digunakan bagi tujuan perniagaan atau pelancongan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016

ISESCO bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Bernama untuk menjayakan program berkenaan yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hari Bahasa Arab Sedunia 2016 disambut meriah di Malaysia
Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2016) disambut meriah di sini bermula 16 hingga 18 Dis lalu dengan pelbagai aktiviti.