Cadangan menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki disifatkan sebagai ‘kaedah kebelakang’ sedangkan pihak kerajaan giat menyiapkan kertas kerja untuk menaikkan had usia minimum kepada 18 tahun.
Itu yang ditegaskan oleh Profesor Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Noor Aziah Awal yang juga berpendapat kanak-kanak berumur 14 tahun belum matang untuk mendirikan rumah tangga.
Ini kerana jelasnya, mereka belum memahami tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang isteri, ibu dan menantu.
“Cadangan untuk berkahwin pada umur 14 tahun ini sesuatu yang macam kebelakang. Memang ada satu, dua kes permohonan yang mana perempuan berusia bawah 15 tahun sebelum ini.
“Tetapi umur 14 tahun ini sangat muda, kalau lihat data yang kami ada.. Majoriti yang berkahwin bawah umur ini adalah kerana mereka pernah terlanjur, perkahwinan sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah itu (zina).
“Jika hanya berkahwin untuk sekadar tutup malu, ia hanya akan menambahkan lebih banyak masalah seperti pasangan muda ini akan bercerai dalam tempoh perkahwinan yang singkat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Beliau berkata demikian untuk mengulas saranan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dipetik sebagai mencadangkan had umur minimun perkahwinan diturunkan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki.
BACA: Cadangan turunkan umur perkahwinan perlu dilihat secara menyeluruh
BACA: Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan - Exco Johor
Jelasnya lagi, Mahkamah Syariah perlu melihat semula perkara ini dari segi perundangan dan menyarankan agar had umur perkahwinan bagi kanak-kanak dinaikkan kepada 18 tahun.
“Ini kerana sekurang-kurangnya pada umur 18 tahun mereka sudah lebih matang untuk memahami konsep perkahwinan dan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang yang sudah berkahwin.
“Ini juga bagi mengurangkan kadar penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan muda,” ujarnya.
Sementara itu, bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor, beliau berpendapat bahawa kanak-kanak pada usia 14 tahun masih belum bersedia dari segi psikologi untuk berkahwin.
“Pada saya umur 14 tahun itu belum bersedia dari segi psikologi untuk membawa tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka sebagai ibu dan isteri.
“Mampukah mereka untuk memenuhi kehendak suami dan keluarga pada usia itu? Bagaimana pula jika mereka akan menimang cahaya pada usia 15 tahun? Sudahkan mereka bersedia untuk menjaga bayi itu?
“Semua perkara itu perlu dikaji lagi. Ibu bapa memainkan peranan besar dan perlu memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya pada era ini yang pesat dengan alam maya,” katanya kepada Astro AWANI.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Sep 24 2018

Terdahulu, Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dipetik sebagai mencadangkan had umur minimun perkahwinan diturunkan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dilahirkan berbeza, bukan halangan Zy tawan pelbagai cabaran
Zy dimasukkan ke sekolah harian biasa dan belajar dengan pelajar lain.

Had umur kahwin 14 tahun: Mereka tak matang lagi..
Cadangan menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki disifatkan sebagai kaedah kebelakang.

Cadangan turunkan umur perkahwinan perlu dilihat secara menyeluruh
Cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki, perlu dilihat secara menyeluruh, kata Mufti Kelantan.