Cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki, perlu dilihat secara menyeluruh, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Mohamad Shukri berkata cadangan tersebut tidak salah tetapi penelitian lebih lanjut perlu dibuat selain memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan dengan mesti melalui mahkamah.
"Dalam Islam, perkahwinan dibenarkan apabila seseorang itu sudah baligh. Jadi cadangan tersebut tidak salah apa lagi generasi hari ini lebih cepat matang kerana terdedah soal kelamin lebih awal melalui kemajuan teknologi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata semua prosedur ditetapkan mahkamah mesti dipatuhi termasuk mendapat keizinan kedua ibu bapa dan perkahwinan berlaku secara sah.
Katanya dalam sesuatu keadaan perkahwinan wajar dilakukan terutama bagi mengelak kemaslahatan kepada kedua-dua pasangan.
"Dalam konteks ini kita melihat perkahwinan mampu menjadi penyelesaian kepada masalah sosial seperti pergaulan bebas, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi," katanya.
BACA: Kahwin bawah umur hancur masa depan kanak-kanak - Fuziah Salleh
BACA: Cadangan Mufti Sabah turunkan had umur kahwin satu 'kegilaan' - Khairy
Dalam pada itu, beliau berkata had umur minimum dalam undang-undang perkahwinan sedia ada wajar dikekalkan dan tidak perlu dinaikkan kepada 18 tahun.
Katanya perkara lebih utama adalah kedua-dua pasangan yang sudah baligh itu menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah bagi memastikan rumah tangga dapat diurus dengan baik.
Semalam, Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dipetik sebagai mencadangkan had umur minimun perkahwinan diturunkan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 23 2018
Mohamad Shukri berkata cadangan tersebut tidak salah tetapi penelitian lebih lanjut perlu dibuat selain memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan dengan mesti melalui mahkamah. -Bernama
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Dilahirkan berbeza, bukan halangan Zy tawan pelbagai cabaran
Zy dimasukkan ke sekolah harian biasa dan belajar dengan pelajar lain.
Had umur kahwin 14 tahun: Mereka tak matang lagi..
Cadangan menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki disifatkan sebagai kaedah kebelakang.
Cadangan turunkan umur perkahwinan perlu dilihat secara menyeluruh
Cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki, perlu dilihat secara menyeluruh, kata Mufti Kelantan.