Bersenam dua atau tiga kali seminggu mungkin sesuatu yang sukar bagi segelintir warga kota yang sibuk dengan kerjaya, apatah lagi jika diajak melakukan aktiviti senaman setiap hari.
Hujung minggu ini, GOIFEX mengajak orang ramai untuk menyertai acara sukan, kecergasan dan gaya hidup yang diadakan buat julung kali di Malaysia.
Mengangkat tema ‘Fit Friendship’, GOIFEX memberikan fokus kepada kepentingan gaya hidup yang sihar menerusi aktiviti sukan berkumpulan dan latihan berfungsi.
Selain menyediakan perkhidmatan dan produk kesihatan, GOIFEX juga membawakan pelbagai aktiviti senaman seperti Strong by Zumba, senaman HIIT, Kejohanan Kettlebell dan K-Pop Fitness.
Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, GOIFEX turut menampilkan atlet seni bela diri campuran (MMA) negara, Agilan Thani dan Gianni Subba yang mengadakan bengkel percuma teknik seni mempertahankan diri.
Menurut Agilan, bengkel tersebut bertujuan untuk memberitahu orang ramai bahawa MMA boleh diamalkan sebagai senaman dan bukan sahaja khusus kepada atlet MMA.
“Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa MMA boleh digunakan untuk menyihatkan badan dan bukannya hanya bagi mereka yang ingin menjadi atlet.
“Seni bela diri campuran boleh dijadikan sebagai rutin harian untuk bersenam dan cara untuk kekal sihat,” katanya.
Pemikiran sama juga turut dikongsi Subba yang berkata MMA sebenarnya merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan.
“GOIFEX merupakan inisiatif yang baik untuk memberikan peluang kepada orang bekerjaya untuk datang ke sini.
“Saya rasa Malaysia tidak kuat sebagai sebuah komuniti kecergasan tetapi pada hari ini, saya menunjukkan sedikit teknik asas dalam bengkel ini seperti apa yang kami lakukan dalam MMA, hanya teknik asas tumbukan.
“Saya ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa MMA merupakan aktiviti yang menyeronokkan,” ujarnya.
Peserta yang ditemui amat gembira kerana dapat mengeluarkan peluh dan teruja untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti-aktiviti yang lain sepanjang berlangsungnya acara GOIFEX ini.
“Jangan lepaskan peluang ini kerana ia penting untuk kesihatan kami semua dan kami terlalu fokus kepada kerjaya kami dan selalu mengelak untuk pergi ke gim untuk bersenam. Oleh itu, ambil peluang keemasan ini,” kata peserta, Melvin Lee, yang menghadiri acara Strong by Zumba pada Sabtu.
Bagi seorang lagi peserta, Carolyna Sila pula, bayaran tiket ke acara GOIFEX itu berbaloi memandangkan dia boleh menyertai sebanyak aktiviti yang mungkin.
“Mereka menggabungkan banyak jenis senaman dan beberapa senaman yang saya tidak pernah cuba.
“Harga tiketnya tidak mahal dan berpatutan kerana saya boleh mencuba kesemua senaman yang ada.
“Jadi saya tahu mana senaman yang saya suka dan boleh menyertainya kelak,” kata Carolyna.
Penganjur GOIFEX, World Net Exhibition Pte Ltd yang mendapat kerjasama daripada rakan media Astro selaku media rasmi, menyasarkan 10,000 pengunjung yang hadir ke acara yang diadakan dari 8 hingga 10 November.
Isabelle Leong
Sat Nov 09 2019
Selain menyediakan perkhidmatan dan produk kesihatan, GOIFEX juga membawakan pelbagai aktiviti senaman seperti Strong by Zumba, senaman HIIT, Kejohanan Kettlebell dan K-Pop Fitness. - Astro AWANI/ ISABELLE LEONG
SPRM komited kesiapsiagaan pegawai penuhi tuntutan negara
Azam berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
GOIFEX giat pupuk semangat suka bersenam
Pada hujung minggu ini, GOIFEX mengajak orang ramai untuk menyertai acara sukan, kecergasan dan gaya hidup yang diadakan buat julung kali di Malaysia.