1) Gegar Vaganza 2016/Zarul Umbrella
Rancangan nyanyian popular terbitan Astro kembali untuk musim ketiga dengan 12 orang penyanyi berpengalaman yang bertanding merebut hadiah utama RM100,000.
Bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul menjadi tumpuan selepas beberapa persembahan yang menarik perhatian para peminat.
BACA: Tak terjangka keluar, Rem redha
BACA: Zarul terus buat peminat 'cair', peminat kongsi kesedihan Elly
2) Bajet 2017/ Bajet 2017 Malaysia
Netizen menyerbu internet bagi mendapatkan maklumat mengenai Bajet 2017 terutama sekali dalam aspek insentif dan peruntukan yang bakal diterima.
3) Patahnya Sebelah Sayap
Drama lakonan Ummi Nazeera yang mula disiarkan pada 20 September menjadi tumpuan para peminat drama tempatan.
4) Doa akhir tahun
Menjelang hujung tahun 1437 Hijrah, umat Islam menggunakan Google untuk mencari doa akhir tahun yang biasanya dibaca pada hari terakhir kalendar Hijrah.
5) Thai king/Thailand King
Warga dunia termasuk Malaysia menyampaikan ucapan takziah berikutan kemangkatan raja Thailand Bhumibol pada 13 Oktober.
6) Inferno
Merupakan filem adaptasi novel Dan Brown dengan judul yang sama. Filem thriller misteri ini menampilkan Tom Hanks sebagai pelakon utama dan muncul di pawagam bermula 13 Oktober.
7) Miss Peregrine
Filem fantasi arahan Tim Burton ini mendapat perhatian filem tempatan apabila ditayangkan di pawagam bermula hujung September. Eva Green menjadi bintang utama filem ini.
8) Google Pixel
Telefon pintar pertama rekaan Google sepenuhnya ini membuat penampilan pertama di pasaran 5 Oktober lalu, dengan dua model iaitu Pixel dan Pixel XL.
9) Jack Reacher
Jack Reacher: Never Go Back merupakan sekuel kepada filem dengan karakter sama yang ditayangkan pada tahun 2012. Filem Tom Cruise ini mula ditayangkan di Malaysia pada 20 Oktober.
10) Hospital Sultanah Aminah
Hospital awam di Johor ini terbakar pada 25 Oktober, insiden tragis yang mengorbankan enam penghuni wad.