PENTAS suku akhir program realiti Gegar Vaganza (GV) berakhir dengan pelbagai cerita pada Ahad.
Tujuh peserta berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir minggu depan dengan Zur Eda menjadi peserta terbaru yang disingkirkan.
Namun di sebalik kemeriahannya, ada satu kisah yang agak mencuit hati terjadi dan menjadi bualan netizen di laman sosial.
Namun begitu, ada penonton yang tidak sekadar menjadikan GV sebagai hiburan pada malam minggu.
Seorang penonton GV yang juga pengguna Twitter dengan nama @irwanfaizal, mungkin telah 'bertemu' gadis idamannya semasa menonton program itu di kaca televisyen.
Wajah seorang gadis yang merupakan penonton di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), nampaknya telah berjaya mencuri perhatian Irwan.
Tertarik dengan apa yang dilihatnya, Irwan kemudiannya meminta bantuan netizen untuk retweet atau RT gambar tersebut sehinggalah gadis itu berjaya dikesan.
Hasilnya, status dan gambar yang dimuat naik Irwan itu di retweet sehingga 1,000 kali.
Namun ada juga netizen yang mengatakan gadis tersebut merupakan kakak ipar, tunang dan isteri mereka.
Sehingga kini, status gadis itu tidak dapat dipastikan.
Melalui retweet yang dibuat di akaun Twitter Irwan, gadis tersebut telah dijumpai. Namun tidak pasti pula apa sambungan ceritanya selepas ini.
Netizen biarpun merasakan apa yang dilakukan Irwan agak menggelikan hati, namun dalam masa yang sama berpendapat ia tidak salah.
"Kalau sama-sama single, apa salahnya," kata mereka.
Madiha Abdullah
Mon Nov 21 2016
Melalui retweet yang dibuat di akaun Twitter Irwan, gadis tersebut telah dijumpai.Foto/Twitter @irwanfaizal
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Siti Sarah tolak 50 lagu sebelum rakam single ciptaan suami
Diciptakan sepenuhnya oleh suaminya, Shuib Sepahtu, Sarah mengakui dirinya cerewet dalam memilih single comeback.
Siti Sarah terpaksa lupakan niat tambah anak demi nyanyian
Penyanyi Siti Sarah akui terpaksa melupakan niat untuk menambah zuriat kerana mahu memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.
GV3: Demam panas, Misha Omar risau jejas persembahan dengan Siti Sarah
Misha yang bakal berduet bersama Siti Sarah menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta berkata dia mengalami demam panas sejak awal minggu ini.
Bukan sekadar hiburan, Gegar Vaganza jadi tempat cari jodoh pula?
Seorang penonton meminta bantuan netizen retweet gambar seorang gadis yang telah berjaya 'memikat' hatinya.
GV3: Nora seperti 'anak emas' dibenar nyanyi lagu sendiri, Astro beri penjelasan
Jika lagu-lagu pilihan media tidak bersesuaian, peserta diberi kelonggaran untuk menukar lagu tersebut mengikut pilihan sendiri.
Gegar Vaganza 3, Bajet 2017 kata carian paling popular sepanjang Oktober
Google Malaysia turut menyenaraikan Hospital Sultanah Aminah dan Google Pixel sebagai 10 kata carian paling popular di Malaysia.
Nabil Ahmad tidak mahu berlakon lagi?
Pengacara Gegar Vaganza 3 (GV 3), Nabil Ahmad akui telah menolak lebih lima tawaran berlakon pada tahun ini demi memberi fokus terhadap pengacaraan.
#GegarVaganza3: Zarul terus buat peminat 'cair', peminat kongsi kesedihan Elly
Zarul dan Elly Mazlein antara peserta yang mendapat perhatian peminat dan pujian juri pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza semalam.