LAMAN sosial hari ini kecoh dengan perbualan netizen berhubung rawatan kulit seekor gajah menggunakan serbuk kunyit Adabi.

Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahan yang biasanya dimasukkan sebagai ramuan dalam pelbagai jenis masakan, sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain, terutama untuk kesihatan dan kecantikan.

Paling menggelikan hati adalah perbualan berantai berikut yang sempat diulang kicau oleh akaun Twitter rasmi Adabi sendiri.


Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' itu disertai beberapa netizen, seolah-olah mereka berada dalam sebuah program masakan.

Turut mendapat perhatian adalah pantun empat kerat yang dimuat naik Adabi.


Dalam entri mereka sebelum ini, Adabi menjelaskan beberapa khasiat tambahan serbuk kunyit yang tidak diketahui ramai, antaranya merawat luka kecil, gigitan serangga dan agen pemutih kulit.

Adabi turut memaklumkan kaedah melumur kunyit pada kulit gajah sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit baik untuk kulit gajah.