Cuaca bahang akibat gelombang panas itu pada masa yang sama menyaksikan kemunculan fenomena makan aiskrim, yang semakin mendapat tempat di kalangan warga negara itu.
Namun apa yang menjadi perhatian mengenai aiskrim itu adalah jenamanya. Aiskrim Hitler semakin meluas dijual di India.
Seorang pelancong dari Berlin yang melawat New Delhi terkejut apabila melihat jenama aiskrim itu. Pelancong itu kemudiannya memuat naik gambar aiskrim itu di media sosial lalu ia menjadi viral.
Foto - Twitter NDTVFood
Perbincangan di media sosial berpendapat penjual sengaja menggunakan nama pemerintah kuku besi itu untuk melariskan jualan.
Ada juga yang merasakan taraf pendidikan di India tidak tinggi lantas rakyatnya tidak mengetahui siapakah Adolf Hitler.
FOTO: Fenomena cuaca panas melampau di India
Namun sebilangan pengguna Twitter merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang lucu.