PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, runsing apabila banyak pihak mula mempergunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.

Gara-gara isu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya menawarkan beg tangan mewah, nampaknya ia menjadi 'inspirasi' buat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menawarkan hadiah barangan mewah, akaun-akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Vida ini akan meminta pengikut menekan satu pautan atau link.

Link yang ditekan itu bagaimanapun akan membawa pelayar ke laman web lucah.

Hai sayang semua Jangan terpedaya.. Ada pages Lucah dilinkkan untuk Buat pengumuman .. Tapi pages lucah . Apalah tujuan.. Jgn terpedaya

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on



Jgn klik post ni.. Ni ada agenda tersembunyi..

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Lebih teruk, ada juga pautan yang akan membawa bersama virus ke dalam komputer atau telefon pintar.

Dalam status di Instagram, Datuk Seri Vida memaklumkan akaun Facebook miliknya terpaksa dinyahaktifkan buat masa ini. Justeru hanya maklumat di akaun Instagram disahkan sebagai rasmi dan benar.



Beliau juga menyatakan rasa kesal dan tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

Ya Allahhh.. Banyaknya ac FAKE Facebook Jadi Dato Seri Vida . Apa tujuan?.. JGN TERTIPU.... SSaya sendiri tak bole buka FB saya..

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on






Beberapa hari lalu, kecoh apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Datuk Seri Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis vuitton secara percuma kepada pengikut mereka.

BACA: Datuk Seri Vida akui ada niat hadiahkan barangan mewah kepada pengikut