KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat diberitahu bahawa adalah tidak tepat untuk pendakwaan mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan langsung ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membolehkan beliau menggunakan kuasanya yang didakwa menyebabkan wang dana negara itu mengalir ke dalam akaun bank peribadinya.
Peguam Tania Scivetti, yang mewakili Najib berkata, berdasarkan afidavit pegawai penyiasat SAC R. Rajagopal dan Superintenden Foo Wei Min berhubung jejak wang membabitkan pengaliran keluar dana itu daripada 1MDB dan masuk ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan tersebut, tidak ada keterangan berdokumen yang menunjukkan bahawa wang itu dimasukkan ke dalam akaun terbabit atas arahan Najib.
“Rajagopal telah tersalah tafsir Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) yang menyaksikan beliau menegaskan bahawa semua keputusan perniagaan oleh lembaga pengarah 1MBD yang mempunyai implikasi kewangan perlu dirujuk dan diluluskan Datuk Seri Najib.
“Beliau juga tidak mengemukakan sebarang kelulusan bertulis yang menyaksikan Datuk Seri Najib telah menggunakan kuasanya menurut Artikel 117 M&A atau menyatakan bahawa bekas perdana menteri itu telah menggunakan kuasanya di bawah Artikel 117(c) memorandum sama (untuk mengalihkan wang itu),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berhujah pada prosiding pelucuthakan membabitkan kerajaan terhadap Najib dan 17 lagi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Scivetti juga berhujah afidavit kedua-dua pegawai penyiasat hanya menunjukkan pergerakan wang yang dideposit ke dalam akaun Najib serta dipindah keluar dan perkara itu tidak memadai untuk membuktikan bahawa aset yang dirampas adalah berasal daripada aktiviti haram.
Beliau berkata, Wei Min pula dalam afidavitnya menegaskan telah menggunakan kaedah ‘masuk dahulu, keluar dahulu’ (FIFO) bagi akaun Ambank Najib yang berakhir dengan nombor 9694 dan mendapati bahawa selain menggunakan wang terbabit untuk kegunaan peribadi, bekas perdana menteri itu telah memindahkan dana tersebut ke akaun Ambanknya yang berakhir dengan nombor 1880, 32 parti politik, 131 syarikat dan 60 individu.
“Sekali lagi tidak ada bukti berhubung pengaliran wang daripada 1MDB ke dalam mana-mana akaun milik Good Star Ltd, Aabar Investments PJS dan Tanore Finance Corp yang mewajarkan Superintenden Wei Min untuk melakukan analisis FIFO,” katanya.
Merujuk afidavit Wei Min, Scivetti berkata, tiada kaitan antara dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Ambank Najib dengan jam tangan mewah dan barangan kemas yang dirampas.
“Wei Min berkata berdasarkan siasatan, syarikat asing terbabit telah memindahkan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB ke dalam akaun beberapa syarikat asing dan kesemua wang itu kemudian digunakan untuk membeli beg tangan serta jam tangan mewah.
“Bagaimanapun, tidak ada bukti yang dikemukakan Wei Min untuk menunjukkan perkaitan antara jam tangan terbabit dengan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.
“Begitu juga tidak ada resit untuk mengaitkan jam tangan serta barangan kemas yang dirampas dengan penyata bank yang dikemukakan Wei Min. Oleh itu, tidak ada bukti yang dikemukakan kepada mahkamah bahawa aset yang dirampas adalah berasal daripada hasil aktiviti haram,” katanya.
Sebelum mengakhiri hujahnya, Scivetti berkata, memandangkan bukti yang dikemukakan adalah tidak memadai maka permohonan pelucuthakan itu harus ditolak.
Pendengaran di hadapan Mohamed Zaini akan bersambung pada 7 Mei ini.
Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.
Permohonan itu menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Ng, Lim, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Permohonan itu antara lain difailkan atas alasan bahawa pendakwaan, yang bertindak mengikut Seksyen 56(1) dibaca bersama dengan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, berpuas hati bahawa kesemua item yang dirampas antara 17 Mei 2018 dan 11 Mac 2019 adalah mempunyai perkaitan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan atau sebagai hasil aktiviti haram yang membabitkan responden.
- Bernama
Bernama
Fri Apr 23 2021

Merujuk afidavit Wei Min, Scivetti berkata, tiada kaitan antara dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Ambank Najib dengan jam tangan mewah dan barangan kemas yang dirampas. - Gambar fail/ Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.