KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut, serta 10 utas jam tangan mewah, yang disita pihak polis di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.
Peguam Iskandar Shah Ibrahim yang mewakili isteri dan anak bekas perdana menteri itu iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan Nooryana Najwa juga berkata, tiada jejak wang yang menunjukkan semua harta itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.
Peguam Iskandar Shah Ibrahim berkata, berdasarkan afidavit yang diikrarkan pegawai penyiasat kes 1MDB Supt Foo Wei Min, pihak pendakwaan sendiri tidak dapat memastikan bahawa beg-beg tangan serta kasut tersebut, merupakan hadiah atau diperoleh daripada hasil aktiviti haram.
"Bagi beg-beg tangan yang dirampas, ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan kenalan rapat termasuk orang kenamaan, besan Datin Seri Rosmah, ibu mertua kepada Nooryana serta orang-orang lain yang tidak dikenali.
"Pihak kami berhujah bahawa pemohon (pendakwaan), tidak dapat mengenal pasti selain tidak membuat penilaian terhadap kesemua beg berjenama kecuali beg Hermes. Atas imbangan keberangkalian, adalah tidak mustahil untuk Datin Seri Rosmah dan Nooryana yang merupakan isteri dan anak kepada mantan perdana menteri, menerimanya sebagai hadiah atau membuat perolehan sendiri," katanya semasa berhujah pada prosiding tuntutan pelucutan hak harta tersebut daripada Rosmah, Nooryana dan 16 yang lain.
Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka, serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.
Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) dan Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Mengenai 27 pasang kasut yang dirampas, Iskandar Shah berhujah bahawa dakwaan Foo dalam afidavitnya yang menyatakan bahawa mustahil untuk Nooryana memiliki kasut-kasut tersebut adalah tidak berasas, kerana wanita itu telah mendedahkan punca pendapatannya dengan jelas dan mengemukakan bukti yang sah menerusi afidavitnya.
"Bahkan Foo dalam afidavitnya tidak membuat sebarang penilaian untuk menentukan sama ada Nooryana mampu membelinya atau tidak, oleh itu terdapat kemungkinan bahawa kasut berkenaan bukan hasil daripada aktiviti haram.
"Afidavit Foo juga tidak menafikan, bahawa beg-beg tersebut adalah merupakan hadiah atau pemberian, namun Foo dalam masa yang sama meletakkan beban Nooryana untuk membuktikannya dengan mengemukakan resit pembelian atau sebagainya," katanya.
Iskandar Shah menambah pendekatan yang diambil Foo adalah tidak adil, kerana tiada jejak wang di kemukakan atau keterangan saksi-saksi yang menyatakan secara terus bahawa harta terbabit adalah dari hasil aktiviti haram, berkaitan dana 1MDB.
Sementara itu, peguam Azamuddin Aziz yang berhujah bagi pihak Riza Shahriz dan Nor Ashman Razak berkata, tiada sebarang bukti aliran wang yang menunjukkan dana 1MDB digunakan untuk membeli 10 utas jam tangan milik mereka.
"Foo di dalam afidavit sokongannya mengatakan bahawa, Nor Ashman langsung tidak mempunyai fail cukai pendapatan, dan berpendapat dalam keadaan tersebut tidak mungkin beliau boleh membeli jam-jam tangan tersebut.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Jun, bagi pihak pendakwaan untuk membalas hujahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1MDB, adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan. - Gambar fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.

Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai
Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Beg tangan persis 'LV' lebih kecil dari sebutir garam dilelong pada harga AS$63,000
Sebuah beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052) dalam sesi lelongan dalam talian, Rabu lalu.

Bukan sekadar perhiasan, aksesori dan kasut tampil personaliti diri
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.

Beg tangan, kasut, milik Rosmah dan Nooryana adalah hadiah dari rakan, orang kenamaan
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1MDB, adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.

Tidak tepat kata Najib ada kawalan langsung ke atas 1MDB - Peguam
Beliau berkata demikian ketika berhujah pada prosiding pelucuthakan membabitkan kerajaan terhadap Najib dan 17 lagi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.

Pasangan warga emas cedera diragut selepas pulang dari dengar ceramah
Pasangan itu baru pulang daripada mendengar kuliah agama di sebuah pasar tani iaitu Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.

Polis tahan dua suspek kes curi tular di media sosial
Suspek pertama ditangkap oleh orang awam di lokasi kejadian setelah mangsa seorang wanita berusia 56 tahun menjerit meminta bantuan sejurus selepas suspek mencuri beg mangsa di atas meja makan.

Cubaan ragut beg tangan, mangsa terseret lima meter
Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa yang berusia 57 tahun dan berasal dari Taman Tanjong Chat, dekat sini, didekati satu kenderaan jenis Proton Waja selepas membeli belah di pasar Wakaf Bharu.