Pengenaan cukai ke atas produk minuman bergula diharap dapat mengubah tabiat pengguna untuk memilih minuman kurang manis sekali gus mengurangkan beban kerajaan bagi merawat masalah obesiti dan penyakit berkaitan, kata Kementerian Kewangan.
Katanya, Malaysia membelanjakan RM4 bilion hingga RM8 bilion untuk merawat masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit dari 2010 sehingga 2016.
"Secara tidak langsung, ia (cukai ke atas minuman bergula) akan menggalakkan industri untuk menghasilkan dan mempromosikan lebih banyak produk minuman sihat sekali gus mengurangkan prevalen obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dalam kalangan masyarakat," katanya menjawab soalan lazim mengenai pengenaan cukai berkenaan di sini, hari ini.
Kementerian berkata hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 menunjukkan prevalen masalah berat badan dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas di Malaysia adalah 47.7 peratus dengan 30 peratus berlebihan berat badan manakala 17.7 peratus adalah obes.
"Ini bermakna, hampir separuh daripada orang dewasa di Malaysia mengalami masalah berat badan, peningkatan sekali ganda berbanding hanya 21.1 peratus pada 2006," katanya.
Katanya dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga pertama bagi masalah berat badan dan obei.
Kementerian berkata hasil tinjauan berkenaan turut mendapati pada tahun 2015, 17.5 peratus atau 3.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis, semakin meningkat berbanding 11.6 peratus pada 2006.
Kementerian berkata cukai ke atas minuman bergula telah dilaksanakan oleh 38 buah negara dan hasil kajian yang dijalankan di negara itu menunjukkan penurunan permintaan dan pengambilan minuman manis bergula yang dikenakan cukai.
"Negara seperti Perancis, beberapa negeri di Amerika Syarikat, Hungary dan Mexico telah mengenakan cukai eksais sebanyak 10 peratus yang menyebabkan pengurangan pengambilan gula sebanyak 10 hingga 12 peratus dan prevalen berlebihan berat badan dan obesit di negara tersebut juga telah berkurangan," katanya.
Di rantau ini, katanya Brunei telah melaksanakan cukai berkenaan pada April 2017.
Pada 1 Julai lepas, kerajaan mula melaksanakan cukai minuman bergula iaitu duti eksais sebanyak 40 sen seliter ke atas minuman manis yang mengandungi gula atau pemanis berasaskan gula melebihi lima gram bagi setiap 100 mililiter.
Kadar sama dikenakan bagi produk minuman berasaskan susu yang mengandungi laktosa dengan kandungan gula melebihi tujuh gram bagi setiap 100 mililiter dan jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran dengan kandungan gula melebihi 12 gram bagi setiap 100 mililiter.
Bagaimanapun, minuman yang mengandungi kandungan gula di bawah nilai ambang dan minuman tidak sedia diminum seperti minuman pracampuran dikecualikan daripada cukai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019
Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 menunjukkan prevalen masalah berat badan dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas di Malaysia adalah 47.7 peratus dengan 30 peratus. - Gambar hiasan
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden
Pejabat Personel Presiden sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan daripada pentadbiran terdahulu.
WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan.
AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.