BALIK PULAU: Taman Rimba Teluk Bahang, berhampiran Empangan Teluk Bahang di sini dikunjungi orang ramai untuk berkelah dan mandi-manda berikutan cuaca panas ketika ini.
Tinjauan Bernama di kawasan air terjun yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang dan memiliki lima kolam itu penuh dengan pengunjung yang mahu 'menyejukkan' badan.
Siti Norhasfiza Mihat, 38, yang datang bersama suami dan empat anak berusia lima hingga 13 tahun berkata kawasan air terjun itu redup selain mempunyai banyak pilihan kolam untuk mereka mandi-manda.
"Memang agak berbaloi kerana suasananya nyaman lagi pun tidak jauh dari rumah kami di Tanjung Bunga, iaitu kira-kira 15 kilometer sahaja. Musim cuti sekolah ni, ditambah cuaca panas lebih baik ke sini... kami mandi bersama-sama," katanya.
Mohd Aman Rameli, 42, pula berkata dia se-ring membawa tiga anaknya mandi di situ semasa cuaca panas ini.
"Di sini selesa dan seronok kerana ramai lagi pun kolam-kalam yang terdapat di sini airnya tidak terlalu dalam, senang nak pantau anak-anak mandi," katanya.
Sementara itu, kedatangan orang ramai ke Taman Rimba Teluk Bahang membawa rezeki kepada peniaga makanan dan minuman di situ.
Sharifah Abdul Rahman, 57, berkata kehadiran pengunjung meningkat sejak minggu lepas terutama pada hujung minggu sekali gus buah kelapa pandannya laris dijual.
''Masuk ke Taman Rimba Teluk Bahang ni percuma, jadi memang tempat ini menjadi tumpuan ramai ketika hujung minggu untuk mandi-manda.
"Setiap hari ketika musim panas ini, saya dapat jual lebih 30 kelapa pandan kerana selain berkhasiat ia juga dapat menyejukkan badan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Kawasan air terjun yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang dan memiliki lima kolam itu penuh dengan pengunjung yang mahu 'menyejukkan' badan. - Bernama
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.