DIBERI gelaran “Virus Vanguard”, sekumpulan adiwira yang terdiri daripada lima watak komik yang diperkenalkan oleh kerajaan Singapura dalam usaha menyebarkan berita mengenai langkah 'pemutus litar' (Circuit Breaker) bagi memerangi wabak COVID-19 di republik tersebut.
Sejurus lima adiwira itu diperkenalkan pada Isnin kepada rakyat Singapura, mereka menjadi tular di laman media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Watak yang paling menular dan menjadi perbualan hangat ialah watak “MAWA Man” yang mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Liverpool.
“MAWA Man” atau dikenali sebagai “Must Always Walk Alone” Man dikatakan mengambil motto Liverpool iaitu “You'll Never Walk Alone” sebagai rujukan.
Watak tersebut digambarkan sebagai penyokong Manchester United fanatik yang melaksanakan penjarakan sosial dengan kuasanya untuk menolak objek dan orang ramai.
Sebuah petisyen dalam talian di Change.org diwujudkan penyokong The Reds yang mendesak supaya MAWA Man digugurkan daripada quintet adiwira tersebut.
Setakat pagi Selasa, petisyen tersebut menerima lebih 500 tandatangan digital.
Menerusi satu muat naik menerusi laman Facebook, Gov.sg mengumumkan bahawa kempen “Virus Vanguard” kini ditarik balik bagi tujuan penilaian semula.
“Kami telah menerima banyak maklum balas mengenai watak-watak tersebut dan kami akan membuat penilaian semula. Kami meminta maaf seandainya kami menyinggung perasaan anda.
“Ini merupakan kali pertama kami menerokai format kandungan ini. Kesabaran anda amat dihargai.
“Jika anda mempunyai sebarang idea atau cadangan mengenai Virus Vanguara, sila berkongsi pendapat anda dengan kami,” kata Gov.sg pada muat naik di laman Facebook.
Dalam satu komen di laman Gov.sg juga, Pengasas Band of Doodlers Mas Shafreen yang mengaku dirinya sebagai pereka pasukan adiwira tersebut dan memohon maaf.
“Saya bersama kumpulan saya ingin mencipta watak adiwira yang menunjukkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan kami, termasuk kakitangan kesihatan dan kami boleh memerangi ini bersama.
“Situasi semasa memberikan kesan kita semua dan saya sebagai seniman, saya menghargai peluang ini kerana ia susah untuk mendapatkan pekerjaan sekarang.
“Saya mohon maaf atas masalah yang timbul dan saya berharap seniman tempatan akan terus disokong menerusi projek kreatif,” kata Shafreen yang juga mengunakan nama pena Wanton Doodle.
“Virus Vanguard” dianggotai watak adiwira seperti “Circuit Breaker”, “Fake News Buster”, “Dr Disinfector”, “MAWA Man” dan “Care-Leh Dee”.
Tiada kepastian sama ada "MAWA Man" akan membuat kemunculan semula dengan wajah dan pakaian yang baharu bersama-sama rakan seperjuangannya.
Namun apa yang pasti adalah belum sempat memerangi wabak COVID-19 di Singapura, “Virus Vanguard” kini lenyap seketika daripada muka bumi.
Isabelle Leong
Tue Apr 21 2020
Menerusi satu muat naik menerusi laman Facebook, Gov.sg mengumumkan bahawa kempen -Virus Vanguard- kini ditarik balik bagi tujuan penilaian semula. - Facebook/Gov.sg
_War on Sugar__ Kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa
Hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam meliputi penambahan bekalan ubat rawatan diabetes dan rawatan pinggang tahap akhir #Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 keterangkuman semua kumpulan rakyat dalam negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata menyifatkan Belanjawan 2025 merangkum semua kumpulan rakyat dalam negara.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah - PM
Kata PM lebih RM1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.
Belanjawan 2025: Kesejahteraan penduduk rumah mampu milik dapat perhatian, ini usaha kerajaan
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
COVID-19: Adiwira "Virus Vanguard" tewas kepada penyokong Liverpool, terus lenyap
Watak yang paling menular dan menjadi perbualan hangat ialah watak "MAWA Man" yang mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Liverpool.