Ianya bermula apabila pemilik akaun Instagram di Indonesia @Faktanyagoogle, yang memaparkan kisah tular di media sosial di negara tersebut menampilkan Isyraf Danish sebagai antara yang topik popular yang diperkatakan.
Sejak gambar Isyraf Danish dimuat naik di akaun tersebut pada Ahad, ia telah menerima lebih 33,000 likes.
Dalam siri kejohanan F4 SEA kali ini, Isyraf merupakan antara pelumba yang termuda menyertai perlumbaan tersebut.
Pada perlumbaan sama di Litar Sepang tahun lalu, anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini berjaya menduduki tempat pertama.
Isyraf juga sebelum ini pernah menjadi sensasi di media sosial melalui video pendek Musical.ly dan Dubmash.
Ketika ini dia telah mengumpul lebih 500,000 di akaun Instagram peribadinya.