KEPALA BATAS: Melihat hasil kerja tangannya yang begitu halus dan teliti, tidak hairanlah capal tradisional ataupun selipar kulit buatan tangan untuk kaum Adam dalam masyarakat Melayu masih mendapat tempat di hati peminatnya.
Pemilik Capal Jago, Badril Shahidan Hashim, 40, berkata meskipun berdepan cabaran norma baharu dek pandemik COVID-19 sehingga memberi kesan kepada golongan usahawan, permintaan terhadap capalnya tetap menggalakkan, lebih-lebih lagi menjelangnya sambutan Aidilfitri.
"Kalau ikutkan, bermulanya pandemik tahun lalu permintaan capal telah jatuh 50 peratus.., (permintaan) yang tinggal ialah pelanggan yang sudah biasa menjadikan capal sebagai kelengkapan harian," katanya kepada Bernama ketika ditemui di premis Capal Jago miliknya.
Menurut anak jati Kepala Batas itu, permintaan terhadap capal kembali meningkat menjelang Ramadan dan hingga kini menerima tempahan kira-kira 1,000 pasang daripada pelanggan yang rata-rata ingin menggayakannya pada hari raya.
"Malah, dalam sehari (bulan Ramadan) saya akan cuba menyiapkan kira-kira 25 pasang capal dengan mengambil masa lebih kurang 20 jam sehari bergantung kepada tahap kerumitan dan jenis sesepasang capal itu sendiri," katanya yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang berkenaan.
Menurutnya perkara paling rumit dalam pembuatan capal ialah proses jahitan yang menggunakan tangan sepenuhnya kerana beliau bekerja seorang diri.
"Saya juga bergelut dengan masa kerana perlu siapkan tempahan mengikut masa yang ditetapkan pelanggan, dan ada kala saya hanya dapat tidur empat jam sehari bagi memastikan tempahan siap," katanya yang mewarisi perniagaan itu daripada arwah bapanya Hashim Hassin yang mengusahakan pembuatan capal sejak 1958.
Badril Shahidan berkata, beliau menggunakan kulit lembu dan kerbau yang diimport untuk membuat capalnya selain memanfaatkan bakat seninya dengan melakar corak pada permukaan capal bagi menghasilkan kelainan.
"Saya pernah menerima tempahan daripada pelanggan di Australia yang merupakan pengumpul material kebudayaan dunia yang ingin menjadikan Capal Jago sebahagian daripada koleksinya.
"Tiada apa yang dapat digambarkan ketika itu selain rasa bangga dan terharu apabila masyarakat luar mengagumi hasil kerja tangan yang mencerminkan budaya Melayu untuk dipamerkan kepada dunia luar. Inilah lambang jati diri dan budaya sebenar orang Melayu sejak zaman berzaman yang perlu dihebahkan kepada dunia," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.
Menurutnya beberapa pemimpin negara juga pernah menjadi pelanggannya, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Katanya beliau menghasilkan empat jenis capal yang dijual pada RM45 hingga RM450 sepasang.
-- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sat Apr 24 2021
Badril Shahidan Hashim menyiapkan capal yang ditempah pelanggan ketika ditemui di premis Capal Jago. --fotoBERNAMA
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan - Pihak berkuasa
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-CV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
[TERKINI] 28 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Kepungan Israel di utara Gaza ancam nyawa 75,000 rakyat Palestin - WHO
Sejak awal Oktober 2024, WHO mengesahkan sekurang-kurangnya 50 serangan terhadap kemudahan kesihatan.
RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.
Aidilfitri: Pengusaha capal tidak menang tangan terima tempahan pelanggan
Badril Shahidan yang juga pemilik 'Capal Jago Gemilang' terima sehingga 300 tempahan capal setakat ini.
Tanggalkan capal ketika mesyuarat, penampilan Anwar Ibrahim jadi tumpuan netizen
Selain menggayakan persalinan baju Melayu dan samping, beliau menyarungkan sepasang capal ketika hadir mesyuarat bersama Mohd Zuki.
Capal Jago seni buatan tangan yang masih diminati
Permintaan terhadap capal kembali meningkat menjelang Ramadan dan dia kini menerima tempahan kira-kira 1,000 pasang daripada pelanggan.
Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian - Jabatan Mufti Perak
Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke ruang yang lebih sesuai.
Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda
Pemakaian capal itu dilihat semakin mendapat sambutan dan mula menular khususnya dikalangan anak muda.
Capal buatan tangan untuk Aidilfitri
Capal hasil kerja tangan Badril Shahidan Hashim yang menggunakan jenama 'Jago' di sini, mendapat sambutan baik setiap tahun