KEPALA BATAS: Menjelang Aidilfitri, seorang pengusaha capal di sini, Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.
Badril Shahidan, 42, yang merupakan pemilik 'Capal Jago Gemilang' berkata, beliau menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya setiap malam ketika Ramadan ini memandangkan perlu melayan pelanggan pada waktu siang.
"Saya akan cuba menyiapkan sekurang-kurangnya 25 pasang capal dalam tempoh 20 jam sehari, bergantung kepada corak capal," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Badril Shahidan yang merupakan generasi kedua pembuatan capal dengan meneruskan legasi arwah bapanya, Hashim Hassan yang mengusahakan pembuatan itu sejak 1958 berkata, beliau terpaksa berhenti menerima tempahan pada masa ini memandangkan hanya menghasilkan capal berseorangan, namun apabila tempahan siap, beliau akan kembali menerima tempahan seminggu sebelum Aidilfitri.
"Saya telah menerima tempahan termasuk pelanggan dari Terengganu, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka. Saya turut menerima tempahan secara dalam talian menerusi Shopee dan Lazada," katanya
Beliau yang belajar menghasilkan capal daripada arwah bapanya sejak berusia sembilan tahun berkata, masih ramai yang memilih menggunakan capal kerana ketahanan dan pembelian yang berbaloi.
"Saya mempunyai pelanggan daripada kaum India, Melayu dan Cina. Saya sediakan capal putih untuk pelanggan India kerana sesuai dipakai ke kuil... saya hasilkan capal mengikut kehendak pelanggan," katanya.
Badril Shahidan berkata selain pelanggan tempatan, beliau turut menerima tempahan daripada pelanggan dari Singapura, Brunei dan Australia.
Katanya, capalnya turut mendapat perhatian beberapa pemimpin negara dengan antara yang pernah membuat tempahan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut Badril Shahidan, capal yang dihasilkannya antaranya menggunakan kulit lembu, kambing dan kerbau yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM480 sepasang. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Badril Shahidan Hashim menunjukkan capal buatannya ketika ditemui di premis Capal Jago miliknya di Kepala Batas, Pulau Pinang. - Gambar BERNAMA
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
Terowong lebuh raya terpanjang di dunia selesai dikorek di Xinjiang
Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya terpanjang di dunia, selesai ditembusi pada pagi Isnin, membuka jalan kepada pembukaan jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China,
Setiausaha Agung PBB beri amaran tentang kemusnahan iklim
Guterres berkata 10 tahun terpanas dalam rekod berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.
Nahas Jeju Air: Keluarga desak pihak berkuasa cari, keluarkan mayat mangsa
Salah seorang ahli keluarga mangsa, Park Han Shin, meminta kerajaan menghantar lebih ramai pakar untuk membantu mencari dan mengeluarkan mangsa dari kawasan nahas.
Juruterbang lapor pelanggaran burung sebelum nahas
Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sebelum pendaratan cemas.
Sistem 'tier' hospital swasta mampu kurangkan beban kos rawatan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRDP Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar, berdasarkan sistem, hospital swasta yang menawarkan sistem bertaraf tinggi dikelaskan di peringkat teratas manakala hospital swasta dengan perkhidmatan sederhana dan mampu milik ditempatkan di peringkat terbawah.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Tun Juhar Mahiruddin telah memberi jasa dan sumbangan yang amat besar kepada Sabah sepanjang 14 tahun menjadi Yang Dipertua Negeri
PM Anwar sampai amanat tahun baharu 9 malam Selasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam Selasa.
Aidilfitri: Pengusaha capal tidak menang tangan terima tempahan pelanggan
Badril Shahidan yang juga pemilik 'Capal Jago Gemilang' terima sehingga 300 tempahan capal setakat ini.
Tanggalkan capal ketika mesyuarat, penampilan Anwar Ibrahim jadi tumpuan netizen
Selain menggayakan persalinan baju Melayu dan samping, beliau menyarungkan sepasang capal ketika hadir mesyuarat bersama Mohd Zuki.
Capal Jago seni buatan tangan yang masih diminati
Permintaan terhadap capal kembali meningkat menjelang Ramadan dan dia kini menerima tempahan kira-kira 1,000 pasang daripada pelanggan.
Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian - Jabatan Mufti Perak
Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke ruang yang lebih sesuai.
Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda
Pemakaian capal itu dilihat semakin mendapat sambutan dan mula menular khususnya dikalangan anak muda.
Capal buatan tangan untuk Aidilfitri
Capal hasil kerja tangan Badril Shahidan Hashim yang menggunakan jenama 'Jago' di sini, mendapat sambutan baik setiap tahun