KUALA LUMPUR: Salah tanggapan orang ramai terhadap migrain sebagai penyakit mental perlu dirungkai dan dijelaskan bagi memberikan pandangan yang lebih praktikal sekali gus membolehkan keadaan itu diurus dengan berkesan.
Pakar Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Hiew Fu Liong berkata migrain bukan sekadar sakit kepala kerana ia selalunya disertai dengan simptom lain seperti pening, loya, muntah, keletihan, fotofobia (sensitif terhadap cahaya) serta fonofobia (sensitif kepada bunyi kuat) dan dalam keadaan tertenu, ia juga mungkin mempengaruhi emosi penghidapnya.
"Sebagai satu daripada masalah neurologi biasa, migrain juga dikenali sebagai keadaan sakit kepala teruk yang berulang. Terdapat fasa berbeza pada satu episod migrain iaitu prodrom, aura, serangan dan selepas serangan atau pascadrom.
"Peringkat prodrom berlaku dengan gejala amaran yang tidak ketara seperti dedar atau rasa tidak sedap badan, lesu dan mengidam makanan. Peringkat aura pula melibatkan gangguan deria seperti kilatan visual atau sensitiviti yang meningkat terhadap bunyi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata serangan migrain ialah rasa sakit kepala pada sebelah bahagian kepala sahaja dan rasa tidak selesa apabila terdedah kepada rangsangan cahaya serta bunyi yang boleh berlarutan empat hingga 72 jam, manakala akhir sekali peringkat selepas serangan dengan badan mengalami kelesuan yang boleh berlanjutan hingga beberapa hari.
Dr Hiew berkata terdapat beberapa jenis migrain yang berbeza iaitu migrain tanpa aura, migrain dengan aura, migrain basilar, migrain okular, migrain katamenia (semasa haid) dan migrain hemiplegia.
Menurutnya penting bagi pesakit untuk memahami punca dan faktor risiko berkait dengan keadaan itu untuk meringankan kesakitan dan mengurangkan kekerapan serangannya.
"Faktor risiko ini mungkin berbeza dengan ketara mengikut individu dan ia mungkin disebabkan perubahan cuaca yang mendadak, dehidrasi atau kekurangan air, sensitif terhadap bau kuat, pengambilan kafein, terdedah kepada bunyi kuat dan banyak lagi," katanya.
Dr Hiew juga menegaskan bahawa kesilapan diagnosis boleh menyebabkan pengambilan ubat yang salah dan potensi berlaku komplikasi lain seperti gastrik dan kerosakan buah pinggang.
"Walaupun tiada ubat untuk migrain, tujuan rawatan adalah untuk mengatasi gejalanya dengan berkesan. Ubat-ubatan akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit serta ketidakselesaan akibat serangan migrain dan dengan mendapatkan nasihat pakar neurologi, pesakit boleh menyusun strategi khusus sama ada untuk mencegah migrain atau mengatasi gejalanya secara lebih baik apabila ia menyerang," katanya.
Menurut Dr Hiew terdapat dua rawatan pilihan bagi keadaan itu yang boleh dibahagikan dua kategori iaitu menghentikan kesakitan dan mencegah serangan migrain.
Beliau berkata rawatan melegakan kesakitan melibatkan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, manakala rawatan pencegahan migrain pula meliputi pengambilan ubat antiepilepsi, antihipertensi dan antidepresan.
"Terdapat juga rawatan lanjut seperti penghalang reseptor peptida berkaitan gen 'Calcitonin' (CGRP) yang mampu menyekat reseptor CGRP pada saraf trigeminal yang berperanan menyampaikan rasa sakit dan sensitiviti terhadap sentuhan dan suhu, sekali gus menghalang serangan migrain," katanya.
Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa mengikut kajian seorang daripada empat wanita dan seorang daripada 12 lelaki akan mengalami migrain pada satu peringkat hidup mereka.
Sebagai antara hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway baru-baru ini turut tersenarai antara 250 hospital terbaik di dunia dalam senarai Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024 dan antara 75 hospital terbaik bagi kategori Neurologi dalam pencalonan Hospital Khusus Terbaik Newsweek Asia Pasifik 2024 untuk dua tahun berturut-turut.
Hospital itu turut memenangi anugerah Hospital Terbaik (Malaysia) pada Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2024 untuk tahun ketiga berturut-turut, sekali gus meletakkan penanda aras dalam aspek kecemerlangan klinikal, penyelidikan dan inovasi bagi hospital di serata dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Salah tanggapan orang ramai terhadap migrain sebagai penyakit mental perlu dirungkai dan dijelaskan bagi memberikan pandangan yang lebih praktikal sekali gus membolehkan keadaan itu diurus dengan berkesan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bukan sekadar sakit kepala: Fahami dan tangani migrain
Ia bagi memberikan pandangan yang lebih praktikal sekali gus membolehkan keadaan itu diurus dengan berkesan.

"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Menurut Wany ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.

Sakit kepala dan migrain kronik: Bila anda perlu risau?
Sakit kepala tegang dan migrain boleh bertukar menjadi sakit kepala kronik.

Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit
Ada 150 Jenis Sakit Kepala & Nak Kurangkan Rasa Sakit, Ada Aktiviti Tertentu Perlu Elak!

Tembak mati isteri, anak kerana migrain
Seorang bapa di Vancouver, Kanada, mengaku menembak mati isteri, anaknya dan kakaknya dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook.