Dan tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di akaun Facebook.
Perkongsian info ini mendapat perhatian warga maya hingga telah dikongsikan lebih 8,200 kali.
Mungkin selama ini ada yang menganggap sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing.
Berikut merupakan empat jenis sakit kepala yang paling biasa berlaku.
SINUS
Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan.
Ia berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.
TEKANAN
Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit.
Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, berlaku akibat tekanan, kurang air dan otot tegang.
MIGRAIN
Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata.
Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Rasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.
CLUSTER
Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak-kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam
Sumber : Public Health Malaysia
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!