LABUAN: Memasang pelita atau 'bercucul' (dalam bahasa suku kaum Kedayan/Brunei) yang telah menjadi budaya di pulau bebas cukai di sini, masih utuh diamalkan sejak zaman-berzaman.
Bagi memastikan tradisi ini terus subur, pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan dan pertubuhan komuniti menganjurkan acara bercucul, melibatkan 27 buah kampung setiap bulan Ramadan.
Meskipun pada tahun ini tidak dapat dianjurkan secara besar-besaran dan hanya di peringkat kampung, namun tidak melunturkan semangat penduduk kampung untuk menceriakan halaman mereka dengan nyalaan cucul masing-masing.
Ramadan tahun ini, sekurang-kurangnya dua pertandingan bercucul dan memasang panjut (pintu gerbang) peringkat kampung diadakan pada 30 April ini, melibatkan Kampung Sungai Labu dan Kampung Pohon Batu.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Mohd Dzulfaizal Manan berkata sambutan Aidilfitri seakan-akan suram dan tidak meriah tanpa nyalaan cahaya cucul, yang menerangi halaman rumah masyarakat yang merayakannya.
"Budaya bercucul menjadi sesuatu yang wajib bulan Ramadan, malah ia telah menjadi satu amalan yang harus diamalkan setiap akhir Ramadan...menjelang syawal budaya bercucul pastinya akan terus subur di Labuan.
"Memasuki fasa peralihan ke endemik, warga Labuan pastinya akan meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan lebih meriah, setelah dua tahun sambutan Aidilfitri yang dalam tempoh pandemik yang membataskan sambutannya," katanya.
Dzulfaizal mengharapkan budaya bercucul ini terus mekar dan diwarisi untuk generasi yang akan datang.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata memang sudah menjadi tradisi dalam budaya suku kaum Kedayan dan Brunei, memasang lampu cucul pada malam tujuh likur sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Kebiasaannya cucul dipasang semasa 10 malam terakhir oleh kebanyakan mereka, dan lebih meriah lagi pada 27 Ramadan...Insya-Allah, tahun hadapan kita akan mengadakan semula pertandingan bercucul melibatkan 27 kampung seperti sebelum ini," katanya.
Katanya memasang cucul adalah sebagai simbol untuk menyantuni tetamu atau masyarakat luar yang datang beraya dan menyambut anak perantau pulang ke kampung halaman.
"Cucul dipasang melambangkan kerjasama dan perpaduan penduduk kampung masih terus utuh di Labuan...sebenarnya memasang cucul umpama membawa semangat raya, yang membuatkan sesiapa saja rasa teruja khususnya kanak-kanak.
"Oleh yang demikian adalah menjadi satu kerugian apabila budaya dan tradisi bercucul tidak diteruskan sehingga generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api di halaman rumah yang dihiasi pelita bagi memeriahkan lagi suasana malam-malam menjelang Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tanjung Aru. - Bernama
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
AWANI Tonight 31 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
Budaya 'bercucul' masih utuh di Labuan
Pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan dan pertubuhan komuniti menganjurkan acara bercucul, melibatkan 27 buah kampung setiap bulan Ramadan.