GARA-gara memuat naik video dan gambar bersama seekor buaya, seorang gadis terpaksa berdepan kecaman pengguna media sosial.
Pengguna Facebook dengan nama Azy Nadia ini pada mulanya memuat naik beberapa buah video dan gambar bersama buaya yang sederhana besar itu ke akaunnya pada 1 Januari lalu.
"Ia datang secara mengejut. Jangan cakap saya pegang yang palsu pula, tengok video bergerak kan. Jarang-jarang anak muda tunjuk bakat," itu yang ditulis Azy pada kapsyen, menggunakan dialek Kelantan.
Turut disertakan adalah hashtag #sungaibelakangrumoh dan #marinokigakgakkk.
Entri tersebut menerima lebih 1,000 perkongsian dan hampir 900 komen, yang rata-ratanya bimbang dengan keselamatan Azy selain turut mempersoalkan jika Azy mempunyai lesen untuk membela buaya tersebut.
Namun Azy dalam perkongsian terbaru menjelaskan buaya itu bukanlah dibela, sebaliknya ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai.
"Saya tak tulis pun saya bela. Saya jumpa buaya itu, ambil gambar dan kemudian lepaskan semula," kata Azy yang mengakui geli hati dengan kritikan netizen.
Madiha Abdullah
Mon Jan 07 2019
Buaya itu ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai. - Facebook Azy Nadia
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Bela pelanduk tanpa kebenaran, wanita ditahan di Langkawi
Dia ditahan dalam serbuan Pasukan Polis Marin bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Langkawi kira-kira jam 11 pagi.
'Bertenang, saya tak bela buaya tulah...' - Azy Nadia
Buaya itu ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai.
MMA bakal warnai Hari Sukan Negara
Keterujaan ini dikongsi para atlet MMA profesional yang memberi sokongon kepada atlet amatur yang bakal beraksi pada 10 Oktober nanti.
Najib: Kerajaan bela maruah ATM
Kerajaan akan terus membela dan mempertahankan maruah Angkatan Tentera Malaysia walaupun diperlekehkan pihak tertentu.