TARIKH 1 Jun 2021 pastinya membawa 1,001 makna yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bukan hanya Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Sarawak malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 turut dilaksanakan, bermula hari ini.
Walaupun bukan kali pertama menjalani perintah ini, namun pastinya ramai sudah merencanakan pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang 14 hari ini.
Beberapa netizen di laman sosial Astro AWANI berkongsi aktiviti masing-masing, dan mungkin ia boleh dijadikan idea kepada mereka yang lain.
Misalnya Desi Armaya, pengguna Facebook memberitahu, aktivitinya pada hari pertama sekatan penuh PKP 3.0 adalah melakukan projek pertanian di rumah.
Begitu juga dengan @siMuraiBatu yang turut menggunakan kawasan rumah dengan projek penanaman.
Dalam pada itu, Valentine Ngadan pula memberitahu dia menyambut Hari Gawai kali ini berseorangan.
Untuk makluman semua, di Sarawak PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat telah berjalan lebih awal iaitu sejak 29 Mei lalu.
Ada juga menggunakan kesempatan duduk di rumah kali ini dengan merancang menguruskan badan.
Tidak kurang hebatnya juga pengguna di YouTube, seperti Justin Ferdinand yang melakukan senaman dalam rumah.
Sementara itu, pengguna Twitter @TapauCo pula memberitahu, dia menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian.
Bagi @illy_bless pula, dia berazam ingin menghabiskan projek akademiknya.
@sameonsays pula berkongsi aktiviti hariannya yang cukup seimbang untuk diri sendiri, keluarga dan kerja.
Zaharah Kodri pula memberitahu, dia dan suami banyak melakukan aktiviti bersama sepanjang PKP antaranya solat berjemaah dan makan bersama.
Apa pun aktiviti anda, terus patuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cuba sentiasa berfikiran positif dalam menjalaninya.
Yakinilah situasi ini hanya sementara, jika kita mampu menurunkan semula lengkuk jangkitan COVID-19 di negara ini.
Farhana Joni
Tue Jun 01 2021
Bersenam, bercucuk tanam dan belajar di rumah antara aktiviti yang dilakukan kebanyakan masyarakat Malaysia pada hari pertama PKP 3.0. - Gambar/ Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pekeliling baharu sehingga 30 Dis kawal harga bahan binaan - Fadillah
Pekeliling baharu itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.
PKPD di tujuh lokaliti di Pahang, Perak mulai 29 Sept
Tujuh lokaliti melibatkan Pahang dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.
Varian Mu: Kajian terperinci mengenai keberkesanan vaksin - Pakar Kesihatan
WHO mengklasifikasikan Varian Mu sebagai 'Variant Of Interest' (VOI) selepas ia pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu.
PKPD: JAKOA nafi tidak hantar bekalan makanan ke 23 perkampungan Orang Asli
Jabatan itu berharap agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
PKPD: 'Anak kecil minum air sungai untuk tidur', 23 kampung Orang Asli didakwa belum terima makanan
Ramesh mempersoalkan tindakan pihak berkaitan termasuk NADMA yang seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap kebajikan masyarakat pribumi itu.
Anwar perlu diberi sokongan sebagai Perdana Menteri yang sah - Kulasegaran
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi sokongan untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang sah.
KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin
Sebanyak 1,000 peranti telah digunakan kepada pengembara dari luar negara yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah, katanya.
COVID-19: Siti Sarah kritikal, bacaan Yasin dan doa diadakan - Pengurus
Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil, dipercayai akibat serangan virus COVID-19.
Undi percaya September ini? Ini yang perlu anda fahami
Apa yang dimaksudkan dengan undi percaya, dan bagaimana proses tersebut dari sudut perlembagaan?
Koridor Perjalanan: Perbincangan dua hala dijalankan antara Singapura, Johor
Onn Hafiz berharap usaha tersebut akan membuahkan hasil bagi kedua-dua negara.