KUALA LUMPUR: Penduduk Orang Asli di 23 lokaliti dalam daerah Batang Padang, Mukim Bidor, Ipoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tiga hari lalu dilaporkan belum menerima sebarang bantuan makanan.
Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Ramesh Arumugam Chettiar mendakwa, kesemua penduduk di perkampungan tersebut kini terputus bekalan makanan dan berada dalam kelaparan.
Justeru, Ramesh mempersoalkan tindakan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap kebajikan masyarakat pribumi itu.
"Setakat pukul 3.30 petang hari ini, mereka belum menerima bekalan makanan.
"Hampir 99 peratus Orang Asli di semua kampung ini, sudah tiga hari tidak makan sebab mereka tiada dana untuk membeli makanan dan disimpan sebelum PKPD dilaksanakan.
"Anak-anak kecil minum air sungai untuk tidur. Jadi, kenapa Orang Asli dianaktirikan padahal ini pribumi? Mana badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini nak sangat bantu masyarakat, semua hilang?," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
BACA: "Apa keistimewaan ahli politik? Selamatkan Orang Asli terlebih dahulu!" - Ramesh
Terdahulu, kerajaan memutuskan melaksanakan PKPD di 23 perkampungan Orang Asli suku Semai di daerah Batang Padang selama 14 hari bermula 11 hingga 24 Ogos depan.
Pelaksanaan PKPD tersebut dianggarkan melibatkan 1,159 penduduk.
Sementara itu, Bernama pada Jumaat melaporkan sebanyak 400 bakul makanan akan dihantar ke kawasan perkampungan Orang Asli tersebut, manakala 800 lagi bakul makanan dihantar pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ramesh mendakwa tindakan melengah-lengahkan penghantaran bekalan makanan menyebabkan ada penduduk perkampungan Orang Asli berkenaan terpaksa masuk ke hutan untuk mencari sumber makanan.
"Bila masuk hutan dan terjumpa dengan budak-budak dari kampung lain, (kemungkinan jangkitan) akan merebak," ujarnya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan membiarkan Orang Asli menjalani kuarantin di rumah bersama ahli keluarga.
Katanya, tindakan sedemikian boleh memberikan risiko kepada ahli keluarga lain memandangkan kebanyakan rumah penduduk Orang Asli adalah bersaiz kecil.
"Setakat semalam, Ketua Polis Perak (Datuk Mior Faridalathrash Wahid) telah beri kenyataan seramai 784 orang positif, sementara lapan kematian. Persoalan saya kenapa mereka tidak dikuarantin atau diasingkan?
"Selain itu, budak-budak yang pakai gelang dan positif bermain bola sepak bersama di dalam kampung. Selepas itu, yang pakai gelang merah semua mandi sungai bersama-sama, kenapa jabatan yang dipertanggungjawabkan tidak masuk ke kawasan PKPD untuk memberikan penerangan?" dakwanya lagi.
Sehubungan itu, Ramesh menggesa semua agensi dan pihak berkaitan agar memperkasakan koordinasi dan memberikan penerangan jelas kepada komuniti Orang Asli bagi mengelakkan mereka berasa takut, termasuk melibatkan ujian saringan COVID-19.
Hasimi Muhamad
Sat Aug 14 2021
Ramesh mendakwa kesemua penduduk di 23 lokaliti yang dikenakan PKPD terputus bekalan makanan, dan berada dalam kelaparan - Gambar ihsan Ramesh
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.