KUALA LUMPUR: Pelbagai polemik berlaku dalam arena politik negara sejak kebelakangan ini termasuk segelintir pihak mempertikaikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Namun, perkenan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong agar Perdana Menteri menentukan keabsahannya melalui undi percaya di Sidang Parlimen pada September ini, antara yang bakal menjadi tumpuan.
Sama ada Perdana Menteri akan terus kekal mengetahui kerajaan atau sebaliknya - perkara itu sedikit sebanyak diharap meredakan kemelut politik dalam negara.
Apa yang dimaksudkan dengan undi percaya, dan bagaimana proses tersebut dari sudut perlembagaan?
BACA: Undi percaya pada September munasabah, tidak perlu tergesa-gesa - Penganalisis
BACA: UMNO cabar Kerajaan buktikan sokongan majoriti di Parlimen segera - Ahmad Zahid
Astro AWANI mendapatkan pandangan daripada Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
1. Undi percaya adalah antara cara menentukan kepercayaan ahli Dewan kepada Perdana Menteri atau kerajaan dan ia mempunyai beberapa tujuan.
2. Undi percaya boleh diminta Perdana Menteri secara umum berkaitan jawatannya, tanpa merujuk kepada Rang Undang-Undang atau dasar.
3. Tujuan undi percaya ialah untuk mendapatkan kepastian bahawa Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Di negara kita, amalan mendapatkan undi percaya ini dibuat ketika Perdana Menteri baharu mengambil jawatan tanpa melalui pilihan raya. Amalan ini, walau bagaimanapun tidak didapati dalam bentuk undang-undang bertulis.
4. Sekiranya Perdana Menteri gagal mendapat undi percaya, ia boleh ditafsir sebagai undi tidak percaya. Ini sekali gus menunjukkan undi percaya mempunyai kesan ke atas kedudukan kerajaan.
5. Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan supaya hanya seseorang yang mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat boleh dilantik sebagai Perdana Menteri - Perkara 43(2)(a).
6. Perkara 43(4) pula menyatakan: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
7. Sekiranya Perdana Menteri enggan meletak jawatan setelah dibuktikan dengan undi tidak percaya dan permintaan beliau untuk membubarkan dewan tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, boleh dipecat oleh Baginda.
8. Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta Peraturan Mesyuarat tidak mempunyai peruntukan khusus berkenaan prosedur bagi menentukan kepercayaan atau hilangnya kepercayaan kepada kerajaan.
9. Pada peringkat negeri, negeri Perak adalah negeri pertama yang pernah membawa usul undi percaya, tetapi Menteri Besar telah gagal mendapatkan undi tersebut. Kegagalan itu telah menyebabkan pertukaran Menteri Besar di negeri terbabit.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 05 2021

Perdana Menteri akan menentukan keabsahan kedudukannya melalui undi percaya di Sidang Parlimen pada September ini. - Gambar BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.