Keletihan, kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi golongan tersebut sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Ainul Rhyshikin Yusof, bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, amalan diet yang tepat itu perlu untuk memastikan nutrisi kepada diri sendiri serta bekalan susu untuk bayi tidak terjejas.
Berikut antara tip untuk ibu yang sedang menyusu menyusun diet sepanjang Ramadan ini:
- Pastikan minum air sebanyak 500 mililiter semasa sahur.
- Selepas berbuka, minum 1 hingga 1.5 liter air sehingga 30 minit sebelum tidur.
- Jaga pemakanan.
- Pastikan mengambil makanan berat (tinggi serat) ketika sahur.
- Kurangkan makanan yang tinggi dengan lemak, gula dan garam.
- Berbuka dengan makanan tinggi tenaga, padat nutrisi dan seimbang.
Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan lupa konsep penawaran dan permintaan. Jangan lupa untuk memastikan payudara dikosongkan setiap 3 hingga 4 jam.
Bila perlu berbuka puasa?
Ibu risaukan kesihatan anak
- Anak kurang aktif
- Berat anak kurang
- Pembuangan air kecil anak kurang
- Menangis berterusan
Ibu risaukan kesihatan diri
- Air kecil terlalu pekat
- Pening atau sakit perut