Penggunaan dron, yang sering digunakan untuk mengambil gambar serta video untuk tujuan rekreasi, kajian, pencerapan atau pengintipan, kini turut dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti pelbagai peringkat usia khususnya generasi muda.
Dron dikenali sebagai pesawat tanpa pemandu (UAV) yang diterbangkan dengan menggunakan alat kawalan jauh atau melalui komputer sehingga berkemampuan melakukan apa sahaja atas arahan pengendalinya.
Bagi penggemar permainan alat kawalan jauh itu, Muhammad Adam Mohd Khuzairi, 18, dari Selayang, Selangor berkata, bermain dron memberi satu kepuasan bagi dirinya yang meminati permainan itu sejak berusia 14 tahun lagi.
Muhammad Adam, yang lebih dikenali sebagai 'Adam Junior', berkata beliau lebih suka bermain dron yang lebih mudah untuk dikendalikan berbanding alat permainan kawalan jauh seperti helikopter dan kapal terbang.
"Saya sukakan kelajuan, dron ini lebih laju selain senang dan stabil hendak terbangkan berbanding helikopter yang agak berat," katanya ketika ditemui Bernama pada Pertandingan Drone For Speed Ambush @ TT5 anjuran Drone For Speed dengan kerjasama Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) di sini pada Sabtu.
Muhammad Adam, yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu, sering menyertai beberapa perlumbaan drone termasuk di peringkat antarabangsa seperti di Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.
Lebih membanggakan, baru-baru ini beliau muncul juara keseluruhan perlumbaan dron di The South East Asian Drone Race Championship (SEADRC) yang diadakan di Brunei pada Januari lepas.
Sementara itu, pengurus pertandingan yang juga penganjur Drone For Speed, Jason Chi berkata ramai yang menggemari permainan dron kerana ia lebih selamat selain mereka lebih gemarkan kelajuan berbanding alat kawalan jauh yang lain.
"Permainan drone ini bukan hanya untuk golongan atasan tetapi golongan pertengahan juga mampu bermain permainan ini kerana bagi set peralatan dron ada dijual serendah RM700 dan ia boleh mencecah lebih RM10,000 mengikut kemampuan masing-masing.
"Kita mempunyai pelbagai perancangan untuk menganjurkan lebih banyak perlumbaan dron ini untuk mencungkil lebih ramai bakat tidak kira usia supaya kita dapat menghantar lebih ramai menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.
Beliau berharap kerajaan dapat memberi sokongan kepada permainan dron ini supaya ia dapat diangkat sebagai antara sukan alat kawalan jauh di negara ini.
Seramai 28 peserta terdiri daripada Malaysia, Thailand dan Singapura menyertai pertandingan itu yang diadakan selama dua hari bermula semalam dan pemenangnya akan diumumkan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 24 2019
![Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550937770_MuhammadAdamMohdK.jpg)
Muhammad Adam, yang sering menyertai beberapa perlumbaan drone termasuk di peringkat antarabangsa, menyelenggara drone yang digunakan pada Pertandingan Drone For Speed Ambush @ TT5 di Batu Gajah, 23 Feb, 2019. --fotoBERNAMA
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![7 maut dalam letupan bom di Pakistan 7 maut dalam letupan bom di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691465418_letupanbom.jpg)
7 maut dalam letupan bom di Pakistan
Polis dan pasukan keselamatan telah menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.
![Ultra Remote daripada Astro rangkul anugerah '2020 Red Dot Award' Ultra Remote daripada Astro rangkul anugerah '2020 Red Dot Award'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597231488_httpswwwastroco.jpg)
Ultra Remote daripada Astro rangkul anugerah '2020 Red Dot Award'
40 juri antarabangsa sepakat memilih peranti itu kerana susun atur butang yang mesra pengguna malah disusun dengan baik sekali gus membolehkan pengguna mengendalikan alat kawalan jauh itu dengan lebih
![Kepuasan mengemudi jentera RC berskala Kepuasan mengemudi jentera RC berskala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594631729_TBREMOTECTRLTOY.jpg)
Kepuasan mengemudi jentera RC berskala
Bukan satu kegilaan baharu, namun permainan RC (remote control) atau alat kawalan jauh sentiasa relevan dan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tidak kira usia.
![Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550937770_MuhammadAdamMohdK.jpg)
Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar
'Adam Junior' lebih suka bermain dron yang lebih mudah untuk dikendalikan berbanding alat permainan kawalan jauh seperti helikopter dan kapal terbang.