Kata Wan Dazrin, perbuatan berihsan (memberi makan) kepada anjing atau khinzir bukan satu perkara haram untuk dilakukan.
PENDAKWAH bebas, Ustaz Wan Dazrin tampil menjelaskan isu viral berhubung pemberian sisa makanan kepada anjing.
Kata Wan Dazrin, perbuatan berihsan (memberi makan) kepada anjing atau khinzir bukan satu perkara haram untuk dilakukan.
"Berihsan dengan haiwan, khususnya anjing atau khinzir ia bukanlah satu benda haram untuk dilakukan.
"Perlu kita perbetulkan fahaman tentang 'Haram'-nya anjing dan khinzir.
"Kita diharamkan makan daging mereka atau bergomol dengan mereka, bukan mereka itu sendiri 'Haram'," jelasnya menerusi entri di Instagram.
Biar saya bantu cerahkan. . . Mungkin pengetahuan orang Islam tersebut belum menyeluruh tentang fahaman Fekah perihal Anjing ini. Disisi Mazhab kita, Imam Syafi’e rah, anjing itu Najis pada air liur dia dan pada badan (Bulu2) dia juga. Maka sesiapa yg tersentuh, perlu dia bersuci dgn sertu 7 kali. Seperti yang kita telah pelajari disekolah agama dulu-dulu. Tetapi, kalau perihal bagi makan minum pada anjing, itu perbuatan yg tiada kena mengena dgn najis pun, bersentuhan pun tidak, bahkan ia sebenarnya perbuatan yg mulia jikalau haiwan itu dalam keadaan sakit & memerlukan. . . Sesungguhnya Allah swt mewajibkan perbuatan ihsan dalam semua perkara. Hadith Riwayat Muslim. Juga suka untuk saya tambahkan, dalam kisah2 yang sahih, dari Nabi saw, tentang pemuda atau pelacur yang bagi minum pada anjing, mereka diredhai Allah swt dan bahkan diampunkan dosa, kerana bagi makan & minum pada haiwan yang memerlukan itu memang 1 kemuliaan disisi Allah swt. . . Dengan itu, berihsan dgn haiwan, khususnya anjing atau khinzir, ia bukanlah 1 benda haram utk dilakukan. Perlu kita perbetulkan fahaman tentang “Haram” nya anjing & khinzir. Kita diharamkan makan daging mereka atau bergumul dengan mereka, bukan mereka itu sendiri “Haram”. Mereka makhluk yang sempurna dalam ruang lingkup keadaan sedia ada mereka sendiri. Namun, keadaan mereka tidak sesuai utk kita manusia. Ia boleh bawa penyakit pada kita. Disebabkan itu kita diharamkan dekati haiwan-haiwan tersebut atas faktor kesihatan, kesucian & kebersihan. Begitu. Luruskan fahaman kita sama-sama ya. Semoga membantu. ☺️❤️
Baru-baru ini tular perbualan di aplikasi WhatsApp apabila wakil sukarelawan haiwan meminta bantuan sedekah sisa makanan daripada sebuah restoran untuk diberikan kepada anjing yang diselamatkan.
Bagaimanapun, pihak restoran terbabit enggan bekerjasama dan menyifatkan perbuatan itu haram kerana bersubahat.
Paparan skrin perbualan antara dua pihak terbabit tular di media sosial hingga mencetuskan pelbagai pendapat dan andaian.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian. Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini. Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.