KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengadakan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel di Gaza.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar dalam satu kenyataan, berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei.
Katanya, misi itu telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.
“Urusan yang melibatkan misi tersebut telah dirancang oleh delegasi Ustaz Ebit Lew secara terus dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di Mesir.
“Segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ustaz Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir," katanya dalam kenyataan malam Selasa.
Tambah Kamaruddin, biarpun misi ini merupakan inisiatif delegasi Ebit sendiri, namun pihaknya menasihatkan mereka supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra.
“Saya telah menasihati delegasi Ustaz Ebit Lew agar sentiasa berhubung, bekerjasama rapat dan mendengar setiap arahan keselamatan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.
“Selain itu, segala peraturan, prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah juga mesti dipatuhi.
“Ini penting terutamanya demi memastikan keselamatan Ustaz Ebit Lew dan delegasi beliau sepanjang di perantauan kelak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memuji usaha pendakwah itu dan delegasinya.
"Alhamdullillah, usaha yang sangat mulia daripada Ustaz Ebit Lew, demi saudara mara kita di Palestin. Saya secara peribadi amat berterima kasih atas usaha ini.
"Moga Allah SWT lindungi ustaz dan delegasi sepanjang di Mesir. Insya-Allah perwakilan Malaysia di Kaherah akan bantu apa yang boleh,” jelas Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Terdahulu, Kamaruddin memaklumkan menerima panggilan telefon daripada Ebit pada Selasa untuk memaklumkan mengenai misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang akan dijalankan dari 25 hingga 30 Mei 2021.
Faris Danial Razi
Tue May 25 2021

Ebit dan delegasinya akan menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Palestin melalui Mesir pada 25 hingga 30 Mei 2021. - Gambar/ Instagram ebitlew

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.