PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa masyarakat agar memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata prevalen atau kelaziman kebutaan dalam populasi negara adalah 1.2 peratus dan berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014 antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak iaitu sebanyak 58.6 peratus, diabetik retinopati (10.4 peratus) dan glaukoma sejumlah 6.6 peratus.
Katanya penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak dan rabun yang tidak dirawat.
"Bagaimanapun, hampir 80 peratus penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah," katanya dalam kenyataan sempena Hari Penglihatan Sedunia 2022 hari ini bertemakan 'Sayangi Mata Anda'.
Hari Penglihatan Sedunia disambut bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan deria penglihatan, kesihatan mata dan masalah kebutaan.
"Sayangilah mata anda dengan mengambil langkah pencegahan untuk melindungi dan mengekalkan penglihatan yang baik dengan melakukan pemeriksaan mata secara berkala," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa masyarakat agar memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Risiko kesihatan mata tatap gajet secara baring mengiring
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik'.

Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.

Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Beri perhatian kesihatan mata, cegah buta - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa masyarakat agar memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan.

Nak mata anak cantik dan penglihatan jelas? Boleh beri jenis makanan ini pada si kecil
Kandungan beta-karoten yang ada di dalam lobak merah membantu retina dan bahagian mata lain berfungsi dengan baik.
![[KOLUMNIS] Tingkat kesedaran kawal masa penggunaan skrin digital di kala pandemik [KOLUMNIS] Tingkat kesedaran kawal masa penggunaan skrin digital di kala pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623948203_DiariLockdownPdPR.jpg)
[KOLUMNIS] Tingkat kesedaran kawal masa penggunaan skrin digital di kala pandemik
Pilih masa untuk seluruh keluarga anda bebas daripada penggunaan teknologi seperti telefon pintar, TV dan komputer.