Bekas pelumba negara dan pegawai berbasikal digesa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda cara dan teknik yang betul menunggang basikal bagi memastikan keselamatan mereka.
Bekas pelumba Olimpik dan pemenang pingat emas Sukan SEAP 1965, Shaharuddin Jaafar berkata adalah penting untuk menyelamatkan nyawa penunggang basikal remaja yang berkelakuan seperti 'kuda liar' di jalan raya.
Shaharuddin, 76, berkata beliau sendiri mengambil inisiatif membimbing kumpulan penunggang basikal remaja di kawasan perumahannya, selepas kemalangan tragis di Johor Bahru, yang mengakibatkan lapan remaja terbunuh pada Februari lepas.
"Selepas mendengar berita di Johor Bahru itu, saya amat sedih. Apabila melihat sekumpulan anak muda berbasikal berdekatan kawasan perumahan saya selepas itu, saya berjumpa mereka dan menawarkan diri untuk melatih mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.
"Kini saya mempunyai sekumpulan 20 penunggang basikal di Shah Alam dan 11 lagi di Klang, belajar berbasikal tanpa mendatangkan risiko kepada nyawa orang lain.
"Mereka (penunggang remaja ini) menjadi seperti kuda liar di jalan raya kerana tiada siapa membimbing atau melatih mereka cara yang betul menunggang basikal," katanya ketika ditemui Bernama, di sini pada Ahad.
"Perkara paling penting saya sentiasa tekankan kepada mereka adalah soal keselamatan. Saya akan memastikan setiap dalam kumpulan itu memakai topi keledar, memakai pakaian sesuai dan mempunyai brek. Selepas itu, saya melatih mereka mengenai teknik yang betul dan peraturan jalan raya untuk keselamatan," katanya.
Dalam insiden pada awal pagi 18 Feb lepas, lapan remaja terbunuh, manakala lapan lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh mereka di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru.
Walaupun insiden itu mendapat perhatian meluas media dan media sosial agar langkah membendung aktiviti berbasikal yang berisiko, terutama pada tengah malam dilakukan, masih ramai yang meneruskan kegiatan itu.
Pada awal pagi tadi, 22 remaja termasuk dua gadis ditahan oleh polis kerana berkumpul dan berbasikal pada tengah malam di tempat yang sama, di mana lapan remaja berbasikal terbunuh, kira-kira dua bulan lepas.
Shaharuddin berkata kebanyakan penunggang basikal yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu adalah daripada keluarga kelas pertengahan dan mereka menggunakan basikal fixie yang diubahsuai serta basikal tidak mempunyai brek, kerana tidak mampu membeli basikal yang lengkap dan sempurna.
"Basikal fixie boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada penunggang jika tidak dilatih dengan betul untuk menggunakannya. Harga basikal fixie kira-kira 50 hingga 70 peratus lebih murah daripada basikal bukit atau basikal lebuh raya," katanya.
Bekas Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal Malaysia (MCF) itu juga mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan penduduk untuk menganjurkan aktiviti dan program bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan remaja mengenai kegiatan berbasikal.
"Berbasikal adalah aktiviti yang sangat bermanfaat, malah di Eropah rakyatnya digalak berbasikal dan mereka melakukannya bersama keluarga. Namun di Malaysia, kita mempunyai mentaliti berbeza dan kita melihat mereka yang berbasikal ini hina...kita perlu mengubah mentaliti ini.
"Kerajaan perlu membina lebih banyak kemudahan dan infrastruktur kepada orang awam untuk melakukan aktiviti berbasikal dengan selamat," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Apr 02 2017
Kerajaan perlu membina lebih banyak kemudahan dan infrastruktur kepada orang awam untuk melakukan aktiviti berbasikal dengan selamat. - Gambar hiasan
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Ibu label jurulatih rasis, Joo Ngan tampil beri penjelasan
Nor Azila meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih tersebut umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.
Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.
Piala Negara-Negara 2024: Semua pelumba trek negara terkeluar awal
Kesemua atlet berbasikal trek negara gagal layakkan diri ke suku akhir pada hari kedua Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.
WOW bantu penunggang basikal wanita bina jaringan sosial
Program Women on Wheels menyasarkan pembentukan jaringan sosial bagi membolehkan mereka meneruskan kegiatan tersebut pada masa luang.
Mike tawan OCBC Cycle KL 2024
Tampil buat kali pertama pada perlumbaan itu, Yong Wong atau mesra disapa Mike mencatat catatan masa keseluruhan 59 minit 36 saat.
TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
TSG yang berpangkalan di Kuala Terengganu turut optimis mampu melakar sejarah sebagai pasukan terbaik benua.
Ronaldo tunai janji berbasikal 500km selepas Real Valladolid naik liga
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.
Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.
Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.