Artifak dari makam Raja Tutankhamun akan dipamerkan pada jelajah pameran antarabangsa yang akan bermula di Muzium Los Angeles bermula Mac tahun depan.

Memetik laporan APTN, pameran King Tut: Treasures of the Golden Pharaoh di muzium terkenal itu akan berlangsung selama sepuluh bulan di sana sebelum meneruskan jelajah pamerannya ke Eropah pada 2019.

Pameran Raja Tut akan menjelajah ke sepuluh bandar-bandar terpilih di seluruh dunia.

Pameran Raja Tut

Pameran yang pertama kali dibawa keluar dari Mesir ini merupakan koleksi artifak dan emas terbesar dari makam berkenaan.

Makam RajaTut ditemui pada tahun 1922, lebih tiga ribu tahun selepas kematiannya.