MENJADI seorang ibu adalah perkara paling gembira bagi seorang wanita. Anak sihat dan comel menjadi impian kita. Namun, jika kita diuji dengan anak yang sakit, ia mendatangkan kebimbangan dan kemurungan.
Begitulah apa yang terjadi kepada Zuriah dahulu sewaktu anak keduanya mengalami ekzema dan alergi yang teruk bermula pada usia 3 bulan.
Menjaga anak ekzema memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ekzema yang teruk. Ia sangat mencabar. Kerja-kerja rumah pun terpaksa dibuat tergesa-gesa kerana anak tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam jangka masa lama. Jika tidak, anak akan mula menangis dan menggaru sehingga berdarah.
Ibu bapa perlu tahu bagaimana cara untuk membantu melegakan anak yang resah dan tidak selesa dengan keadaan kulitnya yang gatal. Di sini saya akan berikan TIP bagaimana saya sebagai seorang ibu menjaga anak ekzema dan alergi.
Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu yang masih baru menghadapi masalah yang sama.
1. Kebersihan
Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Rumah perlu sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi anak ada alergi terhadap habuk. Sarung bantal dan cadar perlu kerap ditukar. Elakkan menggunakan karpet di rumah jika anak alergi dengan habuk kerana karpet memerangkap habuk.
2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek
Kuku yang panjang menyebabkan kulit mudah luka apabila digaru.
3. Sapukan pelembap dengan kerap
Kulit ekzema akan melalui fasa kulit kering. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap kerana jika tidak, kulit akan gatal dan menyebabkan anak menangis tidak selesa. Jika duduk di dalam bilik berhawa dingin, pelembap perlu disapukan dengan lebih kerap. Ini kerana udara kering menyebabkan ruam menjadi lebih teruk.
Pelembap perlu dipilih dengan teliti dan pastikan ia serasi dengan anak. Pelembap yang berasaskan bahan semulajadi adalah yang terbaik.
4. Ubah diet pemakanan
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan. Ketahui apa makanan yang anak alergi. Ibu boleh membawa anak membuat ujian alahan diklinik atau lakukan ujian sendiri iaitu 4-days rule.
4-days rule ialah proses di mana ibu hanya memperkenalkan sejenis makanan sahaja dalam satu-satu masa. Contohnya anak makan ayam sahaja dalam 3 hari pertama kemudian hari keempat barulah ditukar kepada menu yang lain.
Ekzema dan alergi ini saling berkait, jadi apabila termakan makanan yang salah, ia menyebabkan ruam semakin teruk.
Makanan yang kebiasaan menjadi alahan kepada pengidap ekzema ialah seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum. Jadi ibu perlu berhati-hati dengan makanan ini.
Pilih pemaknan sihat dan elakkan makanan berproses, tinggi gula, pewarna dan pengawet. Sebaiknya plih makanan organik.
Kenali makanan yang membantu pemulihan kulit, namun setiap orang tidak sama, jadi ibu perlu buat percubaan yang mana anak boleh makan dan tidak boleh makan.
5. Balut
Pembalutan amat membantu anak lebih selesa dan kurang menggaru. Ibu boleh membalut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ini akan membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit kerana anak kurang menggaru.
Tangan anak boleh dipakaikan sarung tangan yang berkain lembut, contoh seperti sutera. ini supaya dapat mengurangkan luka jika anak menggaru.
6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas
Cuaca panas akan membuatkan anak tidak selesa. Sebaiknya ibubapa elakkan anak berada di cuaca panas terik kerana ia menyebabkan ruam semakin teruk.
7. Pakaian
Pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang paling sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
8. Produk penjagaan kulit
Sebaiknya produk kegunaan harian seperti sabun mandi, pencuci pakaian, krim dan pelembap perlu dipilih yang semulajadi, tanpa bahan merbahaya, tanpa SLS, pewarna dan pewangi sintetik. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan radang kepada kulit ekzema dan menyebabkan kulit akan lambat pulih.
Menurut pakar, ekzema tidak boleh sembuh. Kemungkinan ekzema akan dibawa sehingga dewasa. Namun bagi saya, ia boleh dikawal dengan kaedah yang diyatakan di atas.
Seperti anak saya sendiri, Muhammad Fansuri, anak saya sembuh selepas mengawal pemakanan dan menggunakan produk yang serasi.
Muhammad Fansuri sembuh pada umur 3 tahun kerana sebelum itu saya belum tahu banyak perkara bagaimana membantu anak pulih dengan segera.
Saya harap ibu bapa lain dapat gunakan tip ini sebagai panduan dalam membantu anak ekzema. Saya doakan anak ibu-ibu sekalian segera sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan gembira.
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Pa and Ma
Sun Jun 26 2022

Foto sebelum dan selepas Muhammad Fansuri selepas mengamalkan pemakanan yang sihat dan menggunakan produk yang sesuai. - Foto Pa&Ma

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mengurus ekzema anak, apa ibu bapa perlu tahu?
Ada sesetengah individu yang dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.

Anak hidap ekzema, ibu kongsi tip penjagaan dan rawatan berkesan
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan.

Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit
Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.

MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.

Gadis tikam ibu bapa sebelum bunuh diri gara-gara ekzema
Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana menurunkan penyakit ekzema yang teruk kepadanya.

Tunaikan janji, suami Nora Danish Nedim Nazri bawa bayi ekzema dapatkan rawatan
Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Suami Nora Danish, Nedim mahu tanggung kos perubatan 100%
NALURI dan status sebagai seorang ayah mendorong Nedim Nazri untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal.