USAHAWAN Ivanka Trump yang merupakan anak kepada bakal calon presiden parti Republikan Donald Trump disaman oleh pengeluar kasut jenama Aquazzura atas tuntutan cap dagangan.
Syarikat dari Itali itu mendakwa Ivanka telah meniru beberapa reka bentuk kasut mereka.
Antara contoh adalah kasut yang diberi nama Wild Thing berwarna merah yang dijual pada harga AS$785 (RM3,139.94)
Namun versi Ivanka diberi nama Hettie dan dijual pada harga AS$145 (RM579.99) sahaja.
Sebelum saman ini difailkan, jenama itu meluahkan ketidakpuasan hati di Instagram.
Namun pihak Marc Fisher iaitu rakan kongsi Ivanka berkata tuntutan mahkamah ini adalah hanya untuk pihak Aquazzura raih publisiti.
“Kasut Hettie mewakili trend fesyen ketika ini dan tidak tertakluk kepada undang-undang harta intelek. Jenama lain turut menghasilkan stail yang sama,” kata Matthew Burris dari Marc Fisher.
Syafique Shuib
Fri Jun 24 2016

Rakan kongsi Ivanka Trump anggap tuntutan mahkamah itu adalah hanya untuk pihak Aquazzura raih publisiti. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Anak Donald Trump disaman atas dakwaan ciplak reka bentuk kasut
Rakan kongsi Ivanka Trump anggap tuntutan mahkamah itu adalah hanya untuk pihak Aquazzura raih publisiti kerana kasut yang dihasilkan merupakan stail terkini.