DAH nama pun tular, pasti tak menang tangan nak siapkan pesanan malah melayan pelanggan yang berkunjung tanpa henti ke kedainya.
Itulah namanya rezeki, namun apabila tular dengan pakej yang lengkap tidak mustahil Abdul Adib Aidil ini tidak diintai oleh mana-mana agensi bakat.
Menurutnya, dia sudah menerima beberapa tawaran namun baginya belum tiba masa untuk dia masuk ke dalam industri seni.
“Bagi Adib, Adib tak akan ke bidang lakonan, sebab Adib pun tiada bakat tetapi kalau nak ambil saya untuk bidang peragaan, insya-Allah Adib akan cuba,”
“Kalau ada tawaran untuk lakonan dan sebagainya saya akan berbincang dulu dengan keluarga, sebab tujuan saya aktif dalam media sosial untuk naikkan perniagaan, sebab itu kalau saya masuk dalam industri hiburan bimbang saya tak fokus dengan perniagaan pula,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Daripada 'biasa-biasa', kini 70kg pisang terjual tak sampai tiga jam
Pada masa sama, sejak video “Biasa, biasa maksudnya” itu tular ramai yang menghasilkan video “stich” bagi memberi pelbagai reaksi terhadap gelagat pemuda berusia 24 tahun itu.
Menurut Adib, dia sangat terhibur dengan reaksi-reaksi yang diberikan malah menganggap ia sebagai kaedah pemasaran terhadap perniagaanya.
“Saya tak berkecil hati dengan reaksi-reaksi yang diberikan netizen lain, ada yang kelakar dan ada juga satu atau dua yang mungkin sedikit keras gurauan mereka, tetapi bagi Adib itu sedikit sebanyak membantu menaikan lagi nama perniagaan saya ini,” tambahnya.
Bekas pelajar Akademi Penerbangan Malaysia ini juga menyatakan dia masih menantikan tawaran untuk menjadi juruterbang selepas dua tahun menanti susulan industri terkesan dengan COVID-19.
Meskipun perniagaannya semakin maju, anak bongsu daripada tiga beradik ini masih mahu meneruskan impian kanak-kanaknya untuk bergelar juruterbang.
“Kalau ada rezeki, saya pergi (jadi juruterbang) tapi pada masa sama saya tetap akan meneruskan perniagaan sedia ada ini,” katanya.
Nama Adib dan Banana Dibs lebih dikenali ramai selepas aktif di laman sosial Tiktok dan video “Biasa, biasa maksudnya?” mendapat perhatian netizen.
Asyraf Roslan
Thu Feb 09 2023

Bekas pelajar Akademi Penerbangan Malaysia ini juga menyatakan dia masih menantikan tawaran untuk menjadi juruterbang selepas dua tahun menanti susulan industri terkesan dengan COVID-19. Foto: Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Adib "Abang Biasa", nak biasa-biasa sahaja
Menurutnya, dia sudah menerima beberapa tawaran namun baginya belum tiba masa untuk dia masuk ke dalam industri seni.