KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan musim cuti sekolah, ramai rakyat Malaysia ingin membawa keluarga mereka ke tempat tempat menarik di seluruh negara, dan sesi menjamu selera tentunya menjadi pengisian yang penting.
Walau hakikatnya setiap individu memiliki selera berbeza, syor atau panduan tentang tempat yang menyajikan hidangan berkualiti boleh menjadi rujukan. Antara yang dikenali di peringkat antarabangsa ialah panduan Michelin iaitu penerbitan yang memberi penghargaan kepada restoran mahupun penyedia makanan yang dilihat mencapai standard penilaian terbaik.
Terbaru, menerusi edisi pertama Panduan Michelin bagi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi tahun 2023, sejumlah 97 restoran di Malaysia telah tersenarai, termasuk empat daripadanya menerima satu Bintang Michelin untuk masakan mereka yang berkualiti tinggi.
Sementara itu, 32 buah restoran turut menerima anugerah Bib Gourmand kerana menawarkan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
Di Kuala Lumpur, dua restoran menerima bintang Michelin iaitu Dewakan dan DC by Darren Chin. Dewakan menyajikan hidangan moden Malaysia namun tetap memberi penghormatan pada asal usulnya dengan memanfaatkan hasil keluaran tempatan; manakala DC by Darren Chin menghidangkan masakan Perancis klasik dengan penekanan pada hasil laut hidup lokal serta bahan tempatan.
Di Pulau Pinang, Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery, yang menyajikan masakan Peranakan berdasarkan resipi rahsia Chef Auntie Gaik serta menggunakan bahan berkualiti; serta Au Jardin, yang menawarkan hidangan Eropah kompleks dengan sentuhan tempatan, turut menerima penarafan satu bintang.
“Pilihan pertama kami di Malaysia menyerlahkan kepelbagaian jenis masakan yang ditawarkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, mencerminkan keunikan budaya negara yang berbilang kaum dalam dunia gastronomi,” kata Pengarah Antarabangsa Panduan Michelin, Gwendal Poullennec.
Menurutnya, itu hanyalah permulaan bagi perjalanan gastronomi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dan pasukan penilai mereka amat berpuas hati dengan ciptaan baharu dalam masakan Malaysia, pewarisan masakan tradisional dan evolusi pelbagai jenis masakan kebangsaan.
"Daya hidup bandar seperti Pulau Pinang, yang mempunyai bilangan restoran Bib Gourmand setaraf dengan Kuala Lumpur, amat memuaskan pasukan pemeriksa kami, yang tidak sabar untuk menerokai Malaysia dengan lebih mendalam serta merasai pelbagai lagi tawaran daripada bakat kulinari tempatan," tambahnya.
Astro Awani
Wed Dec 14 2022

Pasukan Michelin tidak sabar untuk meneroka Malaysia dengan lebih mendalam serta mencuba pelbagai lagi tawaran kulinari tempatan. - MICHELIN Guide Asia Youtube

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

97 restoran Malaysia tersenarai, empat dianugerah Bintang Michelin
Pasukan Michelin tidak sabar untuk meneroka Malaysia dengan lebih mendalam serta mencuba pelbagai lagi tawaran kulinari tempatan.