Tiktok Malaysia pada hari ini telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai trend dan statistik penggunaan TikTok Shop pada bulan Ramadan 2024.
Sehingga kini Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana barangan tersebut turut digayakan dan didemonstrasikan, memberikan pemahaman kepada bakal pembeli mengenai produk mereka.
Sepanjang kempen Ramadan Raya, sebanyak 5.9 Bilion tontonan di TikTok, iaitu pertumbuhan sebanyak 137% dan 10% dari tontonan tersebut adalah berkaitan perniagaan.
Malah, dalam tempoh itu juga telah menyaksikan sebanyak 292 juta baucar diberikan kepada pengguna, dan tempoh siaran langsung menerusi TikTok Live meningkat sebanyak 78% baik dari peniaga mahupun pengguna.
Dengan perkembangan trend pengguna TikTok sepanjang bulan Ramadan sehinggalah musim Raya ini jelas sekali menampakkan peningkatan pengaruh TikTok yang bukan sekadar untuk berkongsi dan mencipta kandungan baharu, malah makin menjadi pilihan buat pengguna membeli barangan dari TikTok Shop.