SONY dilapor sedang membangunkan sebuah konsol mudah alih yang akan membolehkan para pemain memainkan permainan PlayStation 5 ketika berada di mana-mana dengan mudah.


Ringkasan AI
  • Sony sedang membangunkan konsol mudah alih yang membolehkan pemain memainkan permainan PlayStation 5 di mana-mana, dijangka menyaingi Nintendo Switch.
  • Konsol ini akan berasaskan PlayStation Portal tetapi dijangka boleh beroperasi secara kendiri, tidak hanya sebagai aksesori untuk penstriman permainan PS5.
  • Selain Sony, Microsoft juga sedang melihat ke arena konsol mudah alih, bersama pelbagai pengeluar komputer yang memperkenalkan variasi masing-masing.


Langkah ini dijangka membolehkan Sony menyaingi pasaran yang dikuasai oleh Nintendo melalui Nintendo Switch.

Pembangunan konsol mudah alih ini dikatakan akan berasaskan kepada PlayStation Portal sebelum ini – yang membolehkan pengguna memainkan permainan PS5 melalui penstriman internet.

Walau bagaimanapun, konsol mudah alih yang sedang dibangunkan ini dijangka boleh beroperasi secara kendiri dan bukannya berbentuk “aksesori” seperti PlayStation Portal.

Untuk makluman, sebelum ini pihak Sony pernah hadir dengan penawaran seperti PlayStation Portable (PSP) dan juga PlayStation Vita, namun ia sering dikategorikan sebagai kurang berjaya, menyebabkan ketiadaan kesinambungan daripadanya.

Bloomberg melaporkan peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.

Selain Sony, Microsoft juga dilaporkan sedang melihat ke arena yang sama – di samping pelbagai pengeluar komputer yang memperkenalkan variasi masing-masing kebelakangan ini.. -Amanz