AMAT jarang saya melakukan imbasan kod QR dengan peranti Windows. Biasanya saya imbas kod yang terpapar pada skrin laptop menggunakan telefon pintar.

Untuk memudahkan lagi pengguna, Microsoft kini menguji Snipping Tool yang membolehkan ia mengesan kod QR dalam setiap tangkapan layar yang dilakukan.

Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.



Bukan itu sahaja, pengguna turut kini boleh menambah emoji 3D oleh Microsoft untuk menceriakan lagi hasil tangkapan layar.

Pada bahagian bar alatan bentuk, pengguna turut kini boleh mengubah kelegapan dan mengisi warna.

Perubahan ini terhad untuk pengguna Windows 11 Insider saluran Canary dan Dev yang menggunakan Snipping Tool versi 11.2404.37.0. -Amanz