PENGASAS dan CEO Meta, Mark Zuckerberg, berkongsi pendapat melalui Threads, mengatakan kaca mata akan menjadi platform perkomputeran terkemuka yang seterusnya.


Ringkasan AI
  • Pengasas dan CEO Meta, Mark Zuckerberg, percaya bahawa kaca mata pintar akan menjadi platform perkomputeran terkemuka yang seterusnya.
  • Meta telah melabur tinggi dalam teknologi ini dan menawarkan model asas bersama Ray-Ban, serta merancang untuk memperkenalkan kaca mata dengan paparan pintar.
  • Meta kini menerajui arena kaca mata pintar, sementara pesaing lain masih jauh di belakang. Google pernah mencuba dengan Google Glass tetapi tidak meneruskan pembangunannya.


Seperti ramai sedia maklum, Meta telah melakukan pelaburan yang tinggi dalam arena kaca mata pintar, dan telah pun menawarkan model asas bersama Ray-Ban sebelum ini, di samping memperkenalkan kaca mata dengan paparan pintar khusus yang akan datang.

Malah, beberapa laporan hadir baru-baru ini mengatakan Meta akan menawarkan paparan kaca khusus untuk Ray-Ban.

Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.

Untuk makluman, suatu ketika dahulu, Google pernah bereksperimen dengan Google Glass, namun tidak meneruskan pembangunannya.

Dengan pertumbuhan internet dan teknologi, ia dilihat lebih relevan masa kini, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terus di hadapan mata tanpa perlu merujuk ke skrin telefon.

Bagi anda sendiri, adakah kaca mata akan menjadi platform perkomputeran terkemuka seterusnya? -Amanz