Kelab Kuantan FA kini menyandarkan harapan kepada legenda Pahang, Zulhamizan Zakarian untuk mengekalkan kelab itu di Liga Perdana.


Situasi Kuantan FA dilihat terdesak selepas mengalami enam kekalahan berturut-turut sebelum ini sekali gus berada di tangga kedua tercorot.

Perlantikan Zulhamizan dianggap sebagai nafas baru buat pasukan itu untuk mengembalikan semula keyakinan pemain untuk memastikan pasukan ini tidak tergelincir ke Liga FAM musim depan.

"Dengan dia ada, setelah turun beberapa hari ini, saya lihat dia mampu membuat perubahan.

"Dia dengan semangat berkobar-kobar untuk Kuantan FA kekal dalam Liga Perdana.

"Kita nampak kesungguhan pemain-pemain kebelakangan ini, kalau dilihat faktor nasib juga menyumbang. Saya harapkan ada perubahan selepas Hari Raya nanti," kata pengurus pasukan, Datuk Wan SOlihi Wan Hassan.

Ketua jurulatih, Aminuddin Hussin direhatkan sejak 15 Mei lalu dan tugasannya dipangku sementara oleh penolong jurulatih, Shukri Ismail.

Zulhamizan merupakan wira Tok Gajah dalam Piala Malaysia 1992 apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menewaskan Kedah 1-0.