BIRMINGHAM: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, kini berpeluang untuk merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat kali pertama, apabila beliau berjaya menewaskan pemain dari Belanda, Mark Caljouw di Birmingham, hari ini untuk mara ke peringkat akhir kejohanan.
Zii Jia, pilihan keenam kejohanan, menundukkan Caljouw dengan 'straight set' 21-13, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena.
Pemain nombor 10 dunia itu jelas menguasai perlawanan di set pertama, namun di set kedua pemain dari Belanda cuba memberi saingan.
Di satu ketika Mark berupaya mengambil peluang daripada kelalaian Zii Jia, malah berjaya mendahului dengan mata 15-16, sebelum pemain Malaysia berumur 22 tahun dari Kedah itu bangkit dan memuktamadkan kemenangan.
Zii Jia membaiki penampilannya dalam kejohanan All England kali ini, selepas edisi tahun lepas menyaksikan kemaraan beliau disekat oleh pemain Denmark Viktor Axelsen di peringkat separuh akhir dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-19.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, dua pemain dari Denmark, pilihan kedua Viktor dan pilihan ketiga Anders Antonsen akan berentap malam ini (pagi Ahad waktu Malaysia), untuk menentukan siapa yang akan bertemu dengan Zii Jia di final nanti.
Ini merupakan peluang keemasan bagi Zii Jia untuk memenangi pingat, selepas permulaan yang agak hambar awal tahun ini.
Beliau memulakan kempen tahun ini dengan kekalahan di tangan pilihan kedua Chou Tien Chen dari Taiwan dalam suku akhir Yonex Terbuka Thailand, sebelum tersingkir dalam pusingan pertama di tangan pemain dari India Sameer Verman dalam kejohanan Toyota Terbuka Thailand pada bulan Januari.
Persembahan buruk Zii Jia berterusan apabila beliau tewas dalam semua tiga perlawanan di Badminton World Federation (BWF) World Tour Finals, yang juga berlangsung di Bangkok pada bulan yang sama, sebelum disingkirkan oleh pilihan ke lapan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 18-21, 10-21 pada Terbuka Switzerland 2021 awal bulan ini.
Terdahulu beregu bukan pilihan dari Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo menewaskan beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dengan 21-14, 22-20 untuk melayakkan mereka final kejohanan.
Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Zii Jia, pilihan keenam kejohanan, menundukkan Caljouw dengan 'straight set' 21-13, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Usaha dua kali ganda jika mahu atasi Axelsen - Chong Wei
Chong Wei mengakui jaguh dari Denmark itu lebih konsisten selain memiliki hantaran serta pukulan berkualiti tinggi berbanding pemain lain.

Nak jadi pemain terbaik dunia kena tahan tekanan, nasihat Chong Wei kepada Zii Jia
Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, kata legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Joo Ven raih kejuaraan sulung badminton Siri Antarabangsa Malaysia
Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven meraih gelaran sulung Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019.