KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek percaya jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akan kembali bangkit daripada kemerosotan prestasinya ketika ini.
Jalani berkata, hanya masa menentukan Zii Jia akan kembali 'garang' di atas gelanggang memandangkan pemain ranking ke-17 dunia itu memiliki corak permainan yang bagus.
Beliau berkata, keputusan bekas juara All England 2021 itu mengambil khidmat Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan pada Mei lepas, selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia November lalu, merupakan sebahagian daripada proses untuk kembali berada di puncak kejayaan.
"Inilah sebahagian daripada proses kerana jika dia (Zii Jia) nak jadi juara, dia tahu apa yang dimahukan, bagi dia masa," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Zii Jia pernah menyifatkan Tat Meng sebagai jurulatih tempatan yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk membantunya merealisasikan impian mengejar emas Olimpik buat negara di Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tat Meng merupakan seorang daripada watak utama yang membawa skuad wanita Korea Selatan ke Piala Uber 2022 di Impact Arena di Thailand tahun lepas.
Korea Selatan menewaskan juara bertahan China 3-2, untuk merangkul Piala Uber buat kali kedua dalam sejarah selepas memenanginya pada 2010.
Prestasi Zii Jia dilihat merudum apabila tersingkir pada pusingan pertama buat kali keempat berturut-turut termasuk tewas kepada juara bertahan dari Jepun, Kenta Nishimoto, 22-20,17-21, 19-21 pada Terbuka Jepun 2023 minggu lepas.
Beliau yang sedih dengan nasib menimpa abangnya, Datuk Misbun Sidek yang ditamatkan kontrak sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) baru-baru ini berkata, pembangunan mengambil masa agak panjang sebelum dapat melahirkan pemain yang berjaya.
Jalani berkata, walaupun skuad remaja ketika ini mempunyai lambakan pemain, beliau mendapati kualiti permainan pemain masih lagi kurang.
"Kuantiti banyak tapi kualiti kurang... sekiranya kita ada lima pemain, tetapi seorang sahaja yang terbaik, bantulah pemain tersebut dengan sebaiknya untuk menang. Jadi, pembangunan penting kerana perlu ambil masa panjang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Datuk Seri Jalani Sidek (kiri) percaya jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akan kembali bangkit daripada kemerosotan prestasinya ketika ini.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia