IPOH: Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi memperkuatkan Perak FC pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Yusri berkata ketika ini tiada perbincangan dilakukan dengan bekas pemain kebangsaan berusia 31 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.
"Ia hanya bersifat khabar angin dan kalau mahu tahu situasi ini dengan lebih terperinci boleh tanyakan kepada pihak pengurusan kerana perkara itu di bawah bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial bahawa Muhammad Faiz yang beraksi sebagai pemain berstatus pinjaman di Kelantan United FC pada musim ini, hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Perak.
Muhammad Faiz atau lebih dikenali sebagai 'Messi' mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan selain pernah menyarung jersi Kelab Bola Sepak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Felcra FC, Selangor FC dan Terengganu FC.
Selain itu, The Bos Gaurus telah berjaya menandatangani dua bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun iaitu Tommy Mawat Bada dari Negeri Sembilan FC serta Nur Azfar Fikri Azhar yang beraksi bersama Terengganu FC musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023

Tular di media sosial bahawa Muhammad Faiz yang beraksi sebagai pemain berstatus pinjaman di Kelantan United FC pada musim ini, dikaitkan dengan perpindahan ke Perak. - Foto FB Terengganu FC
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.
Kelantan sasar terima 50,000 pelancong Indonesia tahun ini
Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) menyasarkan 50,000 pelancong dari Indonesia mengunjungi negeri itu pada tahun ini.
Menurut Pengarahnya Mohd Zaki Ismail, menerusi program promosi daripada Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), telah menjadikan negeri itu sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
Menurut Pengarahnya Mohd Zaki Ismail, menerusi program promosi daripada Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), telah menjadikan negeri itu sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.