JURULATIH Barcelona, Xavi Hernandez, berang selepas sistem pengadilan perlawanan dalam kekalahan 1-0 saingan Liga Juara-Juara kepada Inter Milan awal pagi tadi.
Hakan Calhanoglu menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan separuh masa pertama, tetapi perlawanan berakhir dengan kontroversi apabila Barca mendapat gol penyamaan yang dibatalkan kerana bola terkena tangan sebelum mereka dinafikan penalti lewat apabila Denzel Dumfries menyentuh bola dalam kotak penalti Inter.
Inter kini memperoleh enam mata selepas tiga perlawanan dalam Kumpulan C, kurang tiga daripada pendahulu Bayern Munich dan Barca sekadar meraih tiga mata. Inter dan Barca bertemu semula Rabu depan di Camp Nou.
"Saya marah dan geram dengan apa yang kami saksikan, ia seperti kelihatan keputusan yang berat sebelah," kata Xavi dalam sidang akhbar selepas perlawanan di San Siro.
“Saya menyatakannya pada hari Isnin dan saya perlu menyatakannya sekali lagi: pengadil perlu keluar dan menjelaskan keputusan mereka kerana saya langsung tidak faham.
"[Pengadil] tidak mahu memberi saya penjelasan selepas perlawanan. Pengadil perlu bercakap; Saya tidak boleh bercakap tentang keputusan yang belum saya buat. Bagi saya, [keputusan itu] jelas. Saya tidak tak faham langsung."
Gol penyamaan pada minit ke-66 Pedri telah diketepikan kerana bola terkena tangan Ansu Fati ketika melancarkan serangan, walaupun Xavi berhujah bahawa, kerana ia tidak disengajakan dan Ansu bukan penjaring, gol itu sepatutnya kekal.
Kemarahan Barca berganda pada masa kecederaan apabila kemungkinan bola terkena tangan Dumfries namun tiada penalti diberikan. Perlawanan telah dinilai semula oleh VAR, namun tidak meyakinkan pengadil untuk memberikan sepakan penalti.
"Jika anda bertanya khabar saya, saya marah," Xavi menyambung. "Saya tidak faham apa-apa. Jika bola terkena tangan Ansu [secara tidak sengaja] tetapi orang lain kemudian menjaringkan gol, ia adalah gol. Dan mereka tidak membenarkan jika ia berada dalam situasi memihak kami.
"Bagi satu lagi [kemungkinan bola terkena tangan Dumfries]... Saya cuma tidak faham. Ia satu ketidakadilan, saya tidak boleh menyembunyikannya. Pengadil perlu bercakap."
Astro Arena
Wed Oct 05 2022
Jurulatih Barcelona Xavi Hernandez tunduk akibat kecewa ketika perlawanan menentang Inter Milan di San Siro pada Selasa. - Foto AP
Liga Arab kecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza
Sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah ini sebagai satu titik hitam pada hati nurani kemanusiaan.
Nahas pesawat: Presiden Azerbaijan Aliyev minta Rusia bayar pampasan
Ilham Aliyev sahkan bahawa pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan rosak teruk akibat tembakan dari darat.
Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis
Seramai 30 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 yang diadakan dari 16 Dis hingga hari ini.
Tumpuan Isnin – 30 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (29 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Nahas Jeju Air | Rotan anak murid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai, lapor Xinhua.
Kadar kelahiran rendah: Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.