Menjelang Piala Dunia Brazil 2014, antara yang hangat di laman twitter adalah #WorldCupProbs yang antara lain menjadi tempat buat peminat bola sepak menyuarakan masalah yang dihadapi sepanjang penganjuran temasya ini.

Antaranya menyuarakan kebimbangan mengenai Stadium Sao Paulo yang masih belum siap walaupun perlawanan pertama di antara Brazil dan Croatia bakal berlangsung dalam masa beberapa jam sahaja lagi.



Sementara itu, pengguna laman Twitter antara lain turut bercakap mengenai tiga pemain bola sepak terkemuka Zlatan Ibrahimovic, Franck Ribery, dan Gareth Bale yang dikatakan tidak turut serta dalam kejohanan Piala Dunia ini.



Selain itu ada juga yang turut berkongsi kesedihan disebabkan kecederaan buku lali yang dialami pemain bola sepak Jerman, Marco Reus.

Turut menggunakan ruang terbabit adalah untuk menyuarakan masalah peribadi mereka.