KUALA LUMPUR: Jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail membuka kempen kejohanan The World Games 2022 di Alabama, Amerika Syarikat dengan langkah kanan apabila memenangi perlawanan pembukaan acara perseorangan lelaki pada Jumaat (awal pagi ini waktu Malaysia).
Muhammad Rafiq melakukan 257 jatuhan pin menewaskan pencabarnya dari Australia, Callum Borck yang membuat 208 jatuhan pin pada perlawanan pertama berlangsung di Spare Time Trussville.
Tidak terhenti di situ, Rafiq sekali lagi membuat 257 jatuhan pin pada perlawanan kedua meninggalkan Callum yang membuat 212 jatuhan pin sekali gus mara ke pusingan seterusnya.
Seorang lagi wakil lelaki negara, Timmy Tan turut mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan pemain Afrika Selatan, Jivi Sewchuran.
Timmy ketinggalan pada perlawanan pertama selepas melakukan 200 jatuhan pin sementara Jivi dengan 218 jatuhan pin.
Pemain negara itu kemudian bangkit di perlawanan kedua dengan 196-189 jatuhan pin sebelum membuat 224-173 jatuhan pin menewaskan Jivi.
Dalam pada itu, pemain boling wanita negara Sin Li Jane turut menepati ramalan mara ke peringkat seterusnya setelah menewaskan pemain Korea Selatan, Kim Hyun-mi.
Li Jane tewas di perlawanan pertama dengan membuat 172-226 jatuhan pin sebelum bangkit dengan 246-195 jatuhan pin di perlawanan kedua sementara 247-216 jatuhan pin di perlawanan penentuan bagi menewaskan pemain Korea Selatan itu.
Dalam pada itu, perjuangan seorang lagi wakil wanita, Natasha Roslan berakhir setelah tewas di tangan pemain Puerto Rico, Taishaye Naranjo.
Kesemua empat pemain boling negara itu turut akan beraksi bagi acara berpasukan lelaki dan wanita pada kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022

Muhammad Rafiq melakukan 257 jatuhan pin menewaskan pencabarnya, Callum Borck yang membuat 208 jatuhan pin pada perlawanan pertama. - Instagram/Muhammad Rafiq Ismail

Anda kini boleh seru Copilot untuk kawal peranti Android
Anda Kini Boleh Menyeru Copilot Untuk Mengawal Peranti Android

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

World Games 2022: Muhammad Rafiq Ismail melangkah ke pusingan 16 terbaik
Muhammad Rafiq melakukan 257 jatuhan pin menewaskan pencabarnya, Callum Borck yang membuat 208 jatuhan pin pada perlawanan pertama.